Assalammualaikum w.b.t
Lama tidak memunculkan diri di blog yang comel ini [ok,sila muntah k]...sudah bersawang...terbiar tanpa nukilan si rama-rama...huhu...bukan tiada benda yang nak diceritakan tapi kesibukan kerja menghalang keinginan aku menulis disini..[haha...kes malas la tu]
Hidup ini, tak kiralah hidup aku ataupun org lain..tak akan lari dari dugaan...dugaan datang dalam pelbagai segi..dari segi kewangan, perhubungan dan byk cara lagi...bezanya bagaimana seseorang itu mengatasi dugaan tersebut...lain orang lain caranya..btl kan?? ;)
Hidup aku selalu saja ditimpa dugaan..kerjaya aku, perhubunganku, perjalanan hidupku...dugaan datang tanpa henti..namun aku ambil dugaan ini sebagai sesuatu yang perlu ku tempuh untuk berjaya..tidak kiralah dalam kerjayaku mahupun kehidupanku..
Tanpa dugaan, rintangan dan ujian..aku tidak akan menjadi seperti sekarang...ku akui terkadang diri ini tabah menghadapi sesuatu namun diri ini tak dapat lari dari menjadi lemah selemah-lemahnya..terkadang aku menangis..terkadang aku meraung..namun tiada siapa yang dengar..kerana apa??kerana aku menangis..aku meraung hanyalah di dalam hatiku...hanya orang yang benar2 mengenali diri ini yang akan dapat merasai apa yang aku rasa...apa yang aku alami...
Aku cuma berharap agar dengan dugan yang datang akan dapat menjadikan aku lebih matang dan menjadi lebih tabah dalam menempuh hari yang mendatang...ku berharap jua agar diri ini menjadi kuat luar dan dalam..agar aku dapat memberikan kekuatan kepada orang yg aku sayang...Amin~~
wow!!sedar x sedar..dah panjang pulak kan..haha..dah boleh karang buku ni..hihi..tapi ilmu belum cukup di dada..perlu belajar lagi...till then,mau sambung wat keja [konon lah] :D last but not least..yang buruk datangnya dari diriku sendiri, yang baik itu datangnya dari Allah s.w.t...
p/s:: minum milo anda jadi sihat dan kuat...hari ni sy bfast milo ;)
Terima kaseh daun keladi..dah baca,comment lah ya!!