Daisypath Happy Birthday tickers

Sunday, January 23, 2011

.::24 ciri-ciri orang yang mencintai kamu::.


Dalam kehidupan, kamu tidak sedar apa yang dilakukan oleh seseorang terhadap diri kamu merupakan satu petanda yang dia mencintai kamu. Dia tidak ingin kamu tahu secara terus daripada mulut dia tetapi dia menunjukkannya melalui perbuatan. Berikut merupakan 24 ciri-ciri yang dilakukan oleh seseorang yang menunjukkan bahawa dia mencintai kamu.
  1. Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.
  2. Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak perduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.
  3. Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.
  4. Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.
  5. Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ’selamat pagi’, ’selamat hari minggu’, ’selamat tidur’, ‘take care’, dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS nya, kerana dengan kiriman SMS itu lah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza, bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.
  6. Jika kamu menyambut hari jadi dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.
  7. Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya. dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak boleh berulang selalu.
  8. Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. Kerana dia menyematkan kata-katamu di hatinya, berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? Pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.
  9. Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu – kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya dia berjaya.
  10. Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu – kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.
  11. Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan menanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.
  12. Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.
  13. Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.
  14. Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.
  15. Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu dan jauh.
  16. Dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh dimata, dekat dihati?’
  17. Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.
  18. Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.
  19. Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.
  20. Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan mengajarimu dengan sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia! Bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. Dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.
  21. Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.
  22. Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.
  23. Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain, dia sentiasa menunggu kamu.
  24. Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. Saat kau pinta dia berlalu, dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.

“Pernah adakah orang yang berbuat seperti di atas kepada kamu? Jika ada, jangan pernah mensia-siakan orang tersebut…kamu akan menyesal melakukannya!”




p/s: i will always love you~ 


Terima kaseh daun keladi..dah baca,comment lah ya!!

Saturday, January 22, 2011

.::Tuhan mengujiku lagi...Aku Redha::.

Assalamualaikum w.b.t

20 JANUARY 2011

Mungkin semuanya adalah rancangan Allah s.w.t untuk menguji aku...hari ni aku dh berterus terang ngan dia..tentang semuanya...apa yg aku rasa...namun hati masih memikirkan masalah itu...aku masih tidak dapat lari dari memikirkan tentang dia...hmmm...jelas sungguh kebodohanku...namun keputusan telah aku buat...ingin lari dari dirinya...aku tidak mau mengulangi kesilapan lalu...KEPERCAYAAN ku terhadap lelaki semakin berkurang sejak peristiwa lalu..kini diriku bagaikan sukar untuk mempercayai lelaki lagi...sudah berkali2 ku cuba namun apakan daya diri ini masih belum kuat untuk melakukannya lagi..keyakinanku turut punah bersama hilangnya kepercayaanku terhadap kaum adam...mungkin belum masanya lagi...akan aku setia menunggu masa itu tiba..kerana akan aku berikan sepenuh rasa cintaku padanya...~

 Hari ini juga aku mendapat sms dari bekas kekasihku...bahawa dia akan melangsungkan majlis pertunangannya pada cuti tahun baru cina ini..aku hanya mampu membalas dengan ucapan tahniah serta mendoakan agar dia bahagia bersama pilihannya...aku tidak merasa apa2 di saat menerima sms itu namun jauh d sudut hati aku ingin sekali menangis dan meluahkan semuanya pada seseorang...tapi apakan daya,diri ini lebih suka untuk 'simpan'...biarlah rasa ini ku tanggung seorang diri...


21 JANUARY 2011

Hari ini aku memutuskan untuk pergi jauh dari dirinya...aku putuskan segala medium perhubungan di mana kami selalu berhubung...mf2u...facebook...kini,dunia kami terpisah..dia jauh di sana ...aku di sini...biarlah keadaan begini dan kembali seperti asalnya...mudah2an perasaan CINTA yang ada padaku akan mulai pudar...kerna ku yakin,tiada jodoh antara kami berdua...Selamat tinggal sayangku~ Jikalau memang sudah tertulis jodoh antara kita...suatu hari nanti kau pasti akan menemui aku kembali...~





p/s: I'm sorry I love You~ 


Terima kaseh daun keladi..dah baca,comment lah ya!!

Thursday, January 20, 2011

.::Rahsia Hati::.

Assalamualaikum w.b.t...

huhu...entry kali ni aku bt semata2 nak luahkn apa yg aku rs mlm ni....satu pengakuan jujur dr hati...(wlupn aku tau teda respon dr pihak yg 1 tu)..

YA,aku SAYANG dia!!! ini rahsia hati aku...makin lm dipendam makin susah plak aku rs...makin berat rs hati...berpura2 dpn dia lg la bt aku menangis...hipokrit btl la aku ni...aisshhhh~ xkisahla dia positive or negative yg pntg aku tau limit aku...there's no hope for this LOVE~ tepaksa la kn berpura2...semata2 nk jga hbgn baik...jd kakak pn ok ape~ 

Aku HAPPY???ermmm,rsnya x kot...tp lbh baik bgni kn...xkn la aku nk meluahkn ngan dia kot...dulu aku sdiri jgk yg bg due date nk knl2 la ape la..last2 sdiri yg tewas!!! bodohnya ko ni NURIZAN!!! xkn ko xbljr dr pengalaman lps kot???nk jg rs sakit tu lg??DEGIL!!!

eeeeee,geramnyaaaaaa!!!!!!!!!!!!!apa2 pn,jom layan lagu ni..;)




p/s: ok,aku dah jd bengong dh ni....=(

Terima kaseh daun keladi..dah baca,comment lah ya!!

.::Aku Bengong::.

Assalamualaikum w.b.t

Yaaaa...seperti tajuk entry aku kali ni...aku dh jd bengong sejak sehari dua ni....huhuu..punca masalah blm dkenal pasti lg tetapi dkhuatiri disebabkn oleh pergaulan bebas dgn semut2 d dlm bilik tidurku..huhu...sungguh kejam semut2 itew ya...teganya mereka bt aku sebegini..huhuhu...

hahaha...desakan hidup serta permintaan yang melebihi penawaran (aiksss,cm ekonomi plak) membuatkn aku semakin menjadi bengong...huhu...kepada dokter2 dluar sn yg mempunyai kelebihan untuk merawat penyakit ku ni...sila lah tampil bersama resume2 anda ya...kerana sy sudah tdk tahan lg menjadi bengong...huahuahua~ 


p/s: pen merah pen biru...u marah I Love you...hahahaha~ :D


Terima kaseh daun keladi..dah baca,comment lah ya!!

Wednesday, January 19, 2011

.::Melepaskan dia pergi::.

Assalammualaikum w.b.t.

Akhirnya aku kalah dgn perasaan takutku...aku lepaskn smuanya pergi..aku tau xkn ada peluang antara kami...disebabkn oleh byk faktor yg ada...wlupn kptsn ni aku yg buat (sbb hanya perasaan aku jak yg terlibat...dia xda apa2 pn) aku tetap rs sedih...d saat aku ucapkn kata perpisahan, terasa air mengalir di pipi...mungkinkah perasaan aku sdh terlalu mendalam terhadap dia??mungkin jg..klu x,mengapa aku harus rs cemburu,skit ati,terasa ati, dll....erm,betulkah kptsn yg aku dh bt ni??terlalu cpt ka aku mbuat kptsn?? sbnrnya kptsn ni d ambil jg krn 1 comment dia...biarla hanya aku sorg ja yg tau apa yg dtulisnya...

Semoga Allah beri dia kebahagiaan yg dia cri bsama si dia yang tersayang....


 wlupn lagu ni xsesuai (sbb kmi bkn saling ada perasaan cinta pn..ianya lbh kpd btepuk sebelah tgn ja) aku tetap nk post jgk...sbb aku tau hbgn aku n dia akn tetap jd kenangan aku selama2nya...

- TAMAT -

p/s: mungkin selepas ni hati aku akan tertutup slama2nya...sehinggalah jodohku benar2 muncul...InsyaAllah~ Saya sayang kamu~ =(


Terima kaseh daun keladi..dah baca,comment lah ya!!

Tuesday, January 18, 2011

.::Suara hati si pencari cinta (2)::.

Assalamualaikum w.b.t.

Kenapa??kenapa harus begini??kenapa harus ada perasaan itu??patutkah aku mengakhiri semuanya??setelah aku menyimpan harapan yang begitu tinggi??Ya Allah,mana kekuatan yang kau berikan padaku dulu??

Aku seperti bukan diriku lagi....kenapa aku harus begini??Perlukah aku melepaskan kesemuanya??Bukan mudah untuk perasaan ini hadir dalam diriku...tapi kenapa harus begini??Kenapa aku rs TAKUT sangat kali ni??Adakah aku terlalu bersikap berhati-hati??YA!!aku tak mau sejarah berulang kembali di mana aku mengharungi saat-saat yang paling menyedihkan dalam hidupku...aku tak mau merasai semua itu lagi...=(

Ya Allah Ya Tuhanku...Kau berikanlah kekuatan pada diriku ini...seperti yang telah Kau berikan sebelum ni...Berikanlah aku kekuatan tuk pertahankan perasaan ni...susah untuk akui tapi aku merasa bahawa aku SAYANGkan perasaan ni...seperti aku sayangkan dia...Aku ikhlas dengan perasaan ni...Aku rasa bahagia..Aku rasa gembira...namun adakah semua ni hanya mainan perasaanku??atau hanya akukah yang berperasaan sendiri??

Berikanlah aku petunjukMu dalam mengharungi saat-saat sukarku ini...Bimbinglah aku tuk membuat keputusan yang paling baik sekali...Berilah aku peluang merasa bahagia bersamanya...Amin~ Terasa seperti ingin berterus terang tentang perasaan ini namun apakan daya diriku belum ada kekuatan tuk melakukannya...=( aku harap dia jg mempunyai perasaan yang sama dengan diriku..Amin~




p/s : Biarlah kita berjauhan buat sementara waktu..mungkin itu lebih baik untuk diriku...doakanlah agar perasaan ini tetap ada bila kita berhubung semula..(u know who u are)


Terima kaseh daun keladi..dah baca,comment lah ya!!

.::Suara hati si pencari cinta::.

Assalamualaikum w.b.t.

aduiiiiii....(smbil melepaskn keluhan yg teramat berat sekali)...aku prnh bercinta..dan aku jg prnah terluka...kali ni,aku bt kptsn tuk mberi peluang lg skali kt ati aku tuk ada perasaan CINTA...tp aku TAKUT...takut dgn kisah lalu...aku takut CINTA yg akn tiba ni akan mengulangi kisah lalu...:(

aku nk story tntg seseorg yg bjaya bt aku buka ati aku semula setelah terkunci rapi sejak lm dlu..(mood ada cm bunga2 cinta cket..haha) dia seorg yg hepy go lucky (cara dia ckp mcm org yg xda mslh jak)..suka tgk dia senyum (bole bt jantung i bdegup kencang..awww..wlupn dr gmbr je k)..apa ag r...ermmm,still dlm proses mngenali antara 1 sm lain,so xleh nk ckp lbh2 la..tkut kang salah menilai plak..huhu..owh ya lpa nk mention,he's younger than me okay!! huhu..tp umur bknlah penghalang kn?? ;)

I keep on telling my self that 'Do not look back or too far ahead to find the best one. The best one for you is always right at your side.' Jadi,bila hati aku dh bg peluang tuk aku berPERASAAN lg..aku trs ambik peluang tu...mn la tau kn,kekal smpi ke akhirnya...aku kn sorg yg setia (ckp dgn penuh YAKIN..okayy)..Insyaallah~ tp yg mnjadi mslhnya,pihak aku dh beriya2 n excited sgt...but the other side i get nothing..huhu...sedih kn??but its okay...biar ms menentukan segala2nya...:) 

Enjoy this song ok :) 


Tuhan kirimkanlah aku...
Kekasih yang baik hati...
Yang mencintai aku...
apa adanya~


p/s: semoga peluang kali ni xkn terlepas bgtu sj...semoga ianya mjadi titik permulaan kebahgiaan tuk diriku...Amin~


Terima kaseh daun keladi..dah baca,comment lah ya!!

Monday, January 17, 2011

.::huHahuHa::.

Assalamualaikum w.b.t.

Baru selamat tiba dari Kundasang..huhu..trus update blog kn..penat??YA,memg pnt pn..tp apakan daya,mata xnk lelap...huhu..so,drpd xbt pa2,better aku bt entry bru kn??haha...

Hepy sgt2 tym kt sn..mandi air panas,pegi kaki gunung Kinabalu,jln2 tgk view yg FULAMAK memg cantik la..rs tenang jiwa..segala stress2 kerja pn hilang cmtu ja..huhu..syukur jgk la aku dberi peluang tuk bercuti kt sn..;)..hrp2 len kali bleh p sn ngan my BFF..msti lg best!!haha

actually nk jgk ltak pic kt cni tp mslhnya card reader plak xda..so xdpt nk transfer pic dr memory card ke lappy..huhu..xpe2..nti aku bt kt entry lain plak..huhu

p/s: hati sdh mula menyanyikan lagu cinta tp hati jg terasa ragu2 untuk mengakui...apa harus ku buat??

Terima kaseh daun keladi..dah baca,comment lah ya!!

Saturday, January 15, 2011

.::Bingung::.

Assalamualaikum w.b.t ...

Kehidupan yang aku lalui memg byk menguji kesabaran serta ketabahan hati aku..setiap ujian serta dugaan yg Allah s.w.t turunkn pd hambanya tdk akan melebihi dr kemampuan hambanya...aku tidak terkecuali menerima ujian serta dugaan dr Allah s.w.t...

Setiap apa yang berlaku jgk ada hikmah yang tersembunyi...mungkin semua ini adalah tuk kebaikan ku jgk...aku cuma bharap agar aku diberi kebahagian yg aku cari wlupn hanya sedikit cuma~

Confuse with the situation rite now..think positive is always the best solution for every problems~ hurmm...never mind juz bear with the time...1 day i will find the answer...hope that i'll get the answer that i want~ hopefully~ 



p/s: semoga aku kuat serta tabah dlm menempuhi segala macam ujian serta dugaan yg Allah s.w.t turunkn padaku~ Dan semoga aku diberi petunjuk oleh-Nya agar aku xtersesat jalan...Amin~


*sorry for the Manglish that i used here in this blog~ 



Terima kaseh daun keladi..dah baca,comment lah ya!!

Thursday, January 13, 2011

.::Kejujuran::.

Assalamualaikum w.b.t~


Suka duka..tawa nangis..semua itu lumrah kehidupan..tdk kira batasan umur...smua jua akan merasainya~ masing2 dgn situasi yg berbeza...org yg berbeza...(urm,mcm lari topik plak ni..huhu)

KEJUJURAN!!!Apa itu kejujuran??bg aku kejujuran tu penting dlm perhubungan~ tdk kira la dr segi persahatan, percintaan malah kekeluargaan...Setiap dari kita memg berbeza sifatnya...ada yg amanah,ada yg tidak..ada yg boleh dpercayai dan ada jgk yg xboleh kita percaya~ pilihlah watak mn yg ingin anda bw dpentas kehidupan anda..tp sy memilih tuk menjadi org yg JUJUR~

Aku jg bharap org disekelilingku jujur dgnku....tdk ada yg tersembunyi kecualilah ianya terlalu sulit utk dkongsi~




p/s: aku harap kau jg JUJUR dgnku~ wlupn ianya sukar tuk kau lakukan~ 



Terima kaseh daun keladi..dah baca,comment lah ya!!

.::Rasa Ini::.

assalamualaikum w.b.t.


Juz nk update ckit jer..huhu..kerjaya??alhamdulillah..byk benda baru yg aku dh blajar sepanjang join bt audit ngan senior2..hrp2 makin betambah la ilmu audit ku..amin~ kehidupan??erm..skg lbh byk fokus bkenaan kerjaya tp ada 1 hal yg bt aku tertarik...hehe..shhhh..blm masanya tuk aku crta dcni..bila tiba msnya akn ku ceritakn jg..;) apa lg ek??kesihatan??ok jgk la..cuma skg ni kurang ckit mkn..jd bdn pn cm lemah2 ja...tp syukur alhamdulillah..still bole tahan lg..insyaallah~ k la,setakat ni jak la dlu k..ada ms nti aku update..;)

Enjoy lagu ni~ :)



p/s: thnx for being my friend~ u open up my heart syg~ ;)



Terima kaseh daun keladi..dah baca,comment lah ya!!

Thursday, January 6, 2011

.::Berakhirnya sebuah.....::.

Tertanya-tanya dgn tajuk post ni??entahlah..aku pun xpasti apa yg dh berakhir..huhu...namun apa yg pasti adlh tntg perasaan aku pd saat dan ketika ini...SEDIH yang teramat sgt...xmampu digambarkn...hancur, remuk, retak, pecah, dan yg sewaktu dgnnya...ditambah dgn keadaan otak aku yg TENSION...badan yg PENAT..adehhh...hanya Allah jak yg tau betapa hebatnya apa yg ku rs skg ni...


mungkin satu hari nti hati yg hancur, remuk, retak ni akan sembuh semula...namun masih samakah bentuk hati itu???meh sini sy explain k....

ni hati sy bt masa ni....hati yg telah hancur, retak n yg sewaktu dgnnya.....


dan ini pula bila ianya sdh sembuh...(hopefully akan sembuh la) tapi korg perasan x...hati tu dh xsama??mungkin bentuk hati tu msh sm...tp kesan retak, hancur tu msh npk kn???


mungkin kalau dibiarkn masa blalu..hati sy akan sembuh sepenuhnya kot...tapi kn,mustahillah...mesti akan npk jg bekas2 parutnya...hurmm~ 


dan ianya akan tetap jadi seperti ini jg...:(



apa pun yg tjadi sy redha...hati sy nk jd bntuk oktagon ka pentagon ka...sy dh xkisah dh...sbb HATI INI TELAH DILUKAI~ (tiba2 rs nk post lagu plak..haha...layannnn!!!!)




k la,ngantuk dh ni...smpi jpa lg k...

p/s: hanya KAMU yang boleh betulkan keadaan ni...n JANGAN BIARKAN DIRI ANDA DISELUBUNGI MISTERI...oh yeahhh!!! ;) SAYA SAYANG KAMU SELAMANYA!!! XOXO



Terima kaseh daun keladi..dah baca,comment lah ya!!

Monday, January 3, 2011

.::Secret Recipe::.

Rahsia....apa itu rahsia??kenapa perlu berahsia??Jika sesuatu itu rahsia, kenapa hanya ada orang2 tertentu shaja yg tau??kenapa??Kenapa tdk rahsiakn shja dr semua orang??Kenapa perlu pilih kasih??


hmmm...siapalah aku untuk berkongsi rahsia kamu...ya,mungkin dulu aku la tpt mngadu..aku la tpt ko curahkn smuanya...namun skrg,apa dh jadi??kerana rahsia ka semua ni blaku???aku pn x fhmlah...bingung!!

kenapa semuanya berubah dlm sekelip mata??aku cuba tuk menafikn segalanya...namun mata ini hanya melihat REALITI...x mampu utk berfantasi...bagaimana harus ku ungkai semua perasaan itu???perlukah aku yg berpura2??Kenapa org lain yg perlu memahami dirimu sedangkn dirimu x cuba utk memahami diri org lain...

sekali lagi...aku bingung!! bingung bagaimana mau hadapi semua ni...perlukah aku korbankn perasaan aku demi kebahgiaanmu???bgaimana dgn perasaanku nti???akan ada kah penawarnya??

aku..masih dsini..masih memikirkan hala tuju hidup ini...bagaimanakah akhirnya nti...aku harap akan ada penyelesaian bg semua ini...terus berharap~

Salam

p/s: saya sayang kamu semua...you know who u are...~

Terima kaseh daun keladi..dah baca,comment lah ya!!

Sunday, January 2, 2011

.::NeW..nEw..neW::.

Adoiiiii...setelah beberapa jam mengedit akhirnya siap jg..hohoho...blog ku kini berwajah baru..yeahhh!!! (dlm nada yg sgt penat!!)

Lihatlah hasilnya...lawa or x,suka ati aku la...hehehe...yg penting aku suka....wahahahahaa(ketawa jahat)

k la, nk rest jap....huhu...laparrrrr ni...ayoooo...Sampai jpa lg..hihiiihi

p/s: jgn jeles yer..haha...anda jg mampu memilikinya~ ;p



Terima kaseh daun keladi..dah baca,comment lah ya!!