Daisypath Happy Birthday tickers
Showing posts with label Realiti Hidup. Show all posts
Showing posts with label Realiti Hidup. Show all posts

Monday, March 31, 2014

.::Kisah seorang teman::.

Assalammualaikum w.b.t


Hai! Setelah lama mendiamkan diri. Hari ni aku kembali. Mengisi ruang-ruang kosong di blog usangku ini. Seminggu yang lepas hidupku dilanda rasa kesedihan yang teramat sangat. Saat-saat indah yang ku harapkan terjadi dalam hidupku bertukar menjadi saat-saat sedih buat diriku. Di saat aku menanti kehadirannya, menghitung detik untuk bersamanya. Penantian selama 3 tahun hancur berkecai. Hati mana yang tak sedih tatkala mendapat khabar mengejut yang bisa meluruhkan jantung ini. 

Jam 7.30 ptg 20 Mac 2014 Khamis - Shah Alam
Aku bersiap sedia untuk ke airport. Kembali lagi ke tempat asalku. Bercuti bagi menghadiri saat-saat indah buat adikku yang akan bernikah pada hari jumaat (21 March 2014). Dan juga bertemu dengan seseorang yang istimewa dalam hidupku. Masa berlalu begitu pantas. Tepat jam 10.20 kapal terbangku terbang meninggalkan KLIA menuju ke Kota Kinabalu.

Jam 12.50 pagi 21 Mac 2014 Jumaat - KKIA 
Selamat tiba di Sabah. Seperti biasa, belum sempat kapal berhenti aku dah on hp. Takda msj or misscall. So proceed ke tpt menunggu bag. Dalam hati tertanya-tanya 'sudah sampai kah dia?' 'Napa dia x msj lagi?' Hmmm. Belum dapat connect wireless kot. Menyedapkan hati sendiri. Lama pulak tunggu beg ni. Keluarkan hp call mama gtau dah sampai KK. Pastu tergerak hati buka fb pulak. Konon-konon nak update status lah dh sampai KK. Bila dh on FB, ada notification kt inbox. Dalam hati maybe dia kot yg msj. Click inbox, dari seseorang yg bkn dlm frenlist aku. Tapi namanya mcm familiar. So aku buka mesej tu. Jantung aku bagaikan terhenti membaca bait-bait mesej tu. 

"Assalammualaikum..kan bertanya..si ramarama nih kaka izan kwn abg ngah dr sabah? Betul ka? kan gtau..abg ngah accident ptg td..kn contact kaka izan td tp tak dpt..kana gtau hp n wallet hilang arh tmpt abg ngah accident..tlg doakan abg ngah k kaka izan..maafkan slh slp yg pnh abg ngah buat arh akak."

Accident?? ya accident..tanganku terketar-ketar mereply msj dr Syira, adik dia. Perasaan dah bercampur baur. Ingin meraung tapi cukup di dalam hati. Tak sabar menunggu beg. Terasa lambat waktu berjalan. Fikiran dah tak focus. Entah apa jadi ngan dia. Patutlah dr siang td hati aku rasa tak sedap ja. Rupanya ini yg terjadi. 

Bertalu-talu mesej ku hantar ke Syira. No reply, Maybe dia dah tido. Hati masih tak tenang. Ingin tahu apa keadaannya. Sampai di rumah, ku segerakan Isya yang masih belum ku buat. Ku bacakan Yassin buat dia. Sepanjang malam ku berjaga, mata tak ingin pejam. Bila hati runsing, mata yang mengantuk pun tak ingin melelapkan mata. 

Jam 9.29 pagi 21 Mac 2014 Jumaat - Bandar Sierra
Notification berbunyi. Mesej dari Syira. Cepat-cepat aku membukanya. Syira gtau keadaan dia dah stabil tapi belum sedar lagi. Hatiku terasa lega mendengarnya namun tetap runsing selagi dia masih belum sedar. Syira gtau lagi terdapat hentakan di kepalanya, leher n bahu kirinya patah. Hanya doa yang mampu ku berikan padanya. Tak pernah putus berdoa demi kesembuhannya. Ku harapkan agar dia cepat sedar dari koma. Hanya Allah s.w.t tahu apa yang ku rasa waktu tu. 

Hari demi hari berlalu, namun belum ada berita baik dari sana. Ku teruskan menunggu. Syukur alhamdulillah Majlis adikku berjalan dengan lancar walaupun ada sedikit masalah dengan tempahan. 

Jam 1.35 pagi 26 Mac 2014 Rabu - Shah Alam
Terkejut dari tidur tatkala mendengar notification FB. Buka inbox, hati tetiba rasa happy sangat. Dapat good news dr Syira. Dia dah sedar. Sedar dari tidurnya. Syukur alhamdulillah. Tapi tetiba teringat dia ada hentakan di kepala. Takut juga kalau dia hilang ingatan. Dengan aku sekali dia lupakan. Huhuhu. Doktor belum cek lagi. Ku sedapkan hati mungkin takda apa-apa yang jadi. 

Jam 4.26 ptg 28 Mac 2014 Jumaat - Shah Alam
Dapat mesej dari dia. Hati berbunga riang. Dia masih ingatkan aku.

"Assalammualaikum syg..."

Ringkas dan padat. Namun cukup membuatkan aku mengalirkan airmata. Bukan sedih namun gembira yang teramat sangat. Syukur padaMu ya Allah masih memanjangkan usianya. Dah lama tak berbual dgn dia. Perasaan rindu tu hanya Allah ja yang tahu betapa rindunya aku ngan dia. Rindu dengan bebelannya. Rindu dengan wish slmt pagi, slmt mlm. Rindu segala-galanya tentang dia. Terubat rasa rinduku walau sekejap cuma.


Ya Allah Ya Tuhanku, Kau panjangkanlah usianya. Kau berikanlah kesembuhan pada dirinya. Sesungguhnya dia seorang insan yang baik yang ku kenal. Walau tidak pernah ku jumpa, namun hati ini kuat menyatakan dia seorang yang baik budi pekertinya. Seorang anak yang baik dan seorang kawan yang baik. Aku sayang dia Ya Allah. Sayang sangat. :') Jangan pisahkan kami.




p/s: Get well soon Gapil! ;)




Terima kaseh daun keladi..dah baca,comment lah ya!!

Sunday, March 31, 2013

.::Fahami Diriku::.

Assalammualaikum w.b.t.



Apa yang terzahir di luaran kadang kala tak sama seperti apa yang terzahir di dalam. 
Apa yang tersirat di dalam adakalanya tersasar dari apa yang tersurat di luar.
Senyuman mampu diukir untuk menutup segala kesedihan, segala rasa, segala keluh kesah.
Biar mereka nampak kegembiraan terzahir.
Biar mereka sangka kebahagiaan tercipta.
Biarkan mereka.
Adakala berdiam itu lebih baik.
Namun kadang kala tersangat perit. 
Memendam sesuatu keseorangan.
Berfikir sendirian.
Mencari jalan keluar yang kadang kala tiada siapa dapat membantu.
Yang kadang kala diri sendiri tidak mampu mencarinya.
Yang kadang kala tertanya tanya inikah jalannya, itukah jalannya.
Yang kadang kala mampu menyebabkan kita jatuh. 
Jatuh terduduk bersama air mata.
Sedangkan air mata itu tidak dapat membantu apa pun.
Sakit kalau tanggung sorang.
Namun tetap sakit bercerita.
Makanya tahan saja.
Biarkan saja.
Jika itu takdirnya.
Jika itu suratannya.
Pasti bersebab.
Pasti berakhir.




Terima kaseh daun keladi..dah baca,comment lah ya!!

Saturday, March 30, 2013

.::Nukilan SiRamaRama : Tanda Tanya::.

Assalammualaikum w.b.t.



Adakah aku yang bersalah?? 
Membiarkan semua ini terjadi...
Adakah aku yang bersalah??
Dalam menafsir dan menilai...
Apa yang harus ku lakukan??
Di saat ini di ketika ini...
Apa yang harus ku katakan??
Di saat mulut tak bisa menuturkan kata...
Fikiran buntu menyekat kelancaran fikiran waras...
Mana satu yang harus di turut?? 
kata hati atau akal fikiran yang waras??
Buntu..bingung..memikirkan jawapan...





Terima kaseh daun keladi..dah baca,comment lah ya!!

.::Nukilan SiRamaRama : Pelangi::.

Assalammualaikum w.b.t.



Kau tiba bagaikan pelangi...
Hadir di saat turunnya hujan...
Indah dipandang namun dari kejauhan cuma...
Ingin di gapai namun tak tercapai...
Hadirmu cuma seketika saja...
Memberi rasa bahagia sesaat cuma...
Terima kasih pelangi atas kehadiranmu...
Akan ku nanti bila turunnya hujan...
Suatu saat nanti...
InsyaAllah~



Terima kaseh daun keladi..dah baca,comment lah ya!!

.::Bila Di Uji::.

Assalammualaikum w.b.t.



Bila diuji, bersabarlah wahai hati. Musibah datang dalam pelbagai cara. Musibah dan ujian merupakan tarbiyah daripada Allah bagi mereka yang celik hati dan akalnya. Wahai hati, bersabarlah. Jangan berputus asa dan teruskanlah berjuang, mohonlah pertolongan dan perlindungan daripada Allah. Dan yakinlah bahawa cukuplah Allah sebagai penolong. Bersabarlah wahai hati. Yakinlah bahawa Allah sentiasa ada bersamamu, bila ditimpa musibah, hadapilah segalanya dengan tabah dan ucapkanlah "Innalillahiwainnailaihirajiun". Muhasabah buat diri ini. Semoga kita tergolong dalam golongan mereka yang sabar dan khusyuk. Amin ya rabb..



Terima kaseh daun keladi..dah baca,comment lah ya!!

.::Nukilan SiRamaRama : Bila Menilai::.

Assalammualaikum w.b.t



siapa pun bisa berkata apa...
bisa menilai sesuatu dengan hanya melihat zahirnya...
namun dlm kita berkata-kata dan menilai...
perlu kita ingat akan kesannya di kemudian...
jangan terlalu cepat menilai demi menegakkan apa yang ada di fikiran...
tidak semestinya apa yang di nilai itu benar...
dan tidak semestinya juga ianya salah...
maka dari itu, berhemah la dalam menilai...
boleh jadi ianya memberi kesan positif dan jg negatif...



Terima kaseh daun keladi..dah baca,comment lah ya!!

.::Nukilan SiRamaRama : Roda kehidupan::.

Assalammualaikum w.b.t


Kehidupan seperti roda yang berputar...
adakalanya kita di atas...
adakalanya juga kita berada di bawah...
bila kita di bawah, berusahalah untuk naik ke atas...
namun jika kita di atas, janganlah pula kita sombong...
sehingga tidak ingin untuk memandang ke bawah...
jangan kita lupa bahawa kita pernah berada di bawah...
belajar untuk sesekali berada di bawah jika kita sudah senang dengan keadaan di atas...
kita tidak akan rugi...
yang ruginya bila kita sombong...
ingat tu...






Terima kaseh daun keladi..dah baca,comment lah ya!!

.::Nukilan SiRamaRama : Harapan::.

Assalammualaikum w.b.t



Harapan hadir seiringan waktu yang berjalan...
Tanpa di pinta tanpa di beri...
Namun ia tetap hadir...
Tanpa mengetahui fakta sebenar... 
Harapan di simpan rapi dalam hati... 
Namun siapa tahu apa suratan takdir... 
Hanya mampu menurut segala perjalanan takdir... 
Walau mungkin ada hati yang terluka... 
Walau mungkin ada hati yang menangis... 
Jika saat itu sudah tiba, terimalah... 
Terimalah seadanya suratan takdir... 
Baik mahupun buruk, terimalah... 
Ada hikmah di setiap apa yang terjadi... 
Yang akan menjadikan hidup ini lebih bermakna... 
Yang memberi pengajaran pada diri... 
Yang mematangkan seseorang... 
Terimalah...Semuanya sudah tertulis...





Terima kaseh daun keladi..dah baca,comment lah ya!!

Thursday, March 28, 2013

.::Entry Malas::.

Assalammualaikum w.b.t



Wah dah lama x update blog ni. Rasa malas tu membuak-buak. Dengan kerja yang bertimbun, hal-hal dunia, kesibukan tu x dpt di huraikan. Sekarang ni pun rasa malas ja mau mengarang panjang-panjang. Cukuplah sampai di sini ja. Hahahaha :p babaiiiiii!!!




Terima kaseh daun keladi..dah baca,comment lah ya!!

Sunday, December 9, 2012

:: Be Strong Gurl!! ::

Assalammualaikum w.b.t.







SAYA SEORANG YANG TABAH!! :)







Terima kaseh daun keladi..dah baca,comment lah ya!!

Wednesday, October 10, 2012

.::Ledakan Perasaan::.

Hati suram seiring cuaca malam
gundah di hati meronta ingin pergi
bisikan yang perit lagi menyakiti
hati berdarah jiwa memberontak
benci akan rasa yang menyakitkan ini
sungguh rasa ini membebankan

hati sudah tak punya rasa
fikiran mula berlalu pergi
rasa yang ku rasa tawar
puas sudah ku menunggu
puas sudah ku berharap
namun harapan hancur berkecai

rasa tak tahan setinggi gunung
namun tiada tempat rasa ini bermukim
bosan dengan apa yang terjadi
sehingga membunuh hati ini
banyak isyarat telah diberi
namun tiada siapa memahami

orang berkata hati menahan
telinga mendengar hati menangis
hati terhiris kata-kata yang tajam
tiada penyembuh tiada ubatnya
tiada yang peduli tiada yang mengerti
hati mengeluh dalam kesedihan

air mata mengalir tanpa dipinta
kesedihan terhapus tapi berbekas
luahan hati tersemat rapi
biar terkubur di dasar hati
terkubur dengan kepura-puraan
jadikan senyum tawa pelengkap segala




p/s:: Ingin lari dari semua rasa ini...tak ada siapa yang memahami termasuk dia :(




Terima kaseh daun keladi..dah baca,comment lah ya!!

Saturday, June 30, 2012

.::Perjalanan yang belum berakhir::.

Assalammualaikum w.b.t


Lama tak update blog..uhuhu..bukannya malas tapi kekangan masa..lately ni hari-hariku teramat lah sibuk..ni pun baru ja balik dari bintulu..penat balik dari lahad datu hari tu pun belum hilang lagi..dah kena terbang ke bintulu pulak..bukan seminggu tapi DUA MINGGU..uhuhu..sabar saja lah..sekarang pun tengah sibuk siapkan working paper lahad datu..4th July due date..esok nak kena review by partner..huhu..pening kepala..bintulu pulak kena siapkan by this friday..Ya Allah,berilah aku kekuatan dalam menghadapi semua ni..Berilah aku kesihatan tubuh badan...even sekarang ni pun demam aku x ok lagi..xtaulah bila nk sembuh..dah la aku jenis kalau sakit,bukan kejap tapi LAMA..adoiyaiii..9th July nanti kena buat audit job baru pulak..tu pun ambik masa DUA MINGGU nak siapkan...nasib baik area KK,klu area lain memang aku tak nak lah..cukuplah asyik keja luar ja...kerja kat office pun still banyak lagi yang aku x sentuh...huhu..adoiyaiii..ingatkan nak tulis sikit je tuk mukaddimah..ni panjang berjela-jela sampai dah stress memikirkan pasal kerja...dah boleh buat esei dah ni..ish3..k la sebenarnya apa yang aku nak tulis pun dah tertulis kat bahagian mukaddimah ni..hehe..

Tadi aku masuk office..bos dr HQ dtg pulak nak check working paper..fuhh selamat jugak working paper..pastu report pun ada yg dh kena sign..fullawehh double lega aku..hihi..senang keja aku..makin berkurang beban dalam diri ni..aku percaya ni semua atas bantuan Allah s.w.t ..aku berdoa agar dipermudahkan segala urusan bagiku...Namun aku belajar dari kesilapan aku agar jangan hanya mencari DIa di kala susah..TAPI carilah Dia di kala senang jua..InsyaAllah segala-galanya akan menjadi mudah atas redha-Nya...aku sedar terkadang aku alpa dengan keseronokan dunia sampai terlupa padaNya...Kini aku yakin,Dia akan sentiasa menolong hambanya yang memerlukan bantuan...cewahh..macam ustazah pulak aku berceramah ye..hihi..ini untuk diri aku juga..klu bukan aku yang ingatkan diri sendiri, sapa lagi yang nak tolong ingatkan..kan?? hehe

So,sampai sini je la buat hari ni..nak berehat pulak..penat seharian bekerja..demam pun xnak hilang lagi..batuk jangan cakap la..sakit tekak aku ni..doakan aku sembuh k.. :)


p/s:: Rasa mengantuk pulak...adoiyaiii 






Terima kaseh daun keladi..dah baca,comment lah ya!!

Friday, May 25, 2012

.::Pedih Ulu Hati::.

Assalammualaikum w.b.t

tajuk bukan main lagi pedih ulu hati kannn...drama sangat...kin panasssss..hahaha...tapikannn memang betullah pedih ulu hati...apa nda nya,hp aku skg dah pandai minum air...ntah apa angin hp aku tu mau minum air...ish3...akibatnya...mulalah segala penyakit keluar...ntah apa-apa jak lah...ishhhh...dahla x dapat cover ngan warranty...eeee geram jak la...tapi lebih kepada sedih la...marah diri sendiri pun ada jugak...adoiyaiiii...xpalah,benda dah nak jadi kan..xleh wat apa-apa la..redha...terima kenyataan yang hp aku dh ada penyakit serius...ndatau mau buat apa..hantar kedai ja la..tapi bukan sekarang coz aku tengah pokai...next week la...huhu..uwaaaaaa sedihnyaaaa..dah la hp tu penting bagi aku yang berhubungan jarak jauh ni...so saddddd...i miss my hubby on WhatsApp...uhuhu...k la,malas mau cerita...next wekk aku p LD..ada job kt sana...STRESSSSSS gila aku skrg nih...ishhh....k la,BYE!! 


p/s:: kepala tengah serabut gila ni....:'(



Terima kaseh daun keladi..dah baca,comment lah ya!!

Tuesday, March 6, 2012

.::Entah kenapa::.

Assalammualaikum w.b.t

hai blogger! mlm ni sbnrnya aku x bniat pun nk tulis new entry..tp ntah napa tetiba ja jari ni laju ja nk menaip..sdgkn aku sdiri xtau nk ckp pasal apa...aku layankn aje lah jari aku ni...hmmm

2,3 ari ni mood aku sgt x baik...d tambah dgn rasa mcm mau demam..batuk yg sgt2 mganggu aku..adoiyai..byk bnda yg mganggu fikiran aku..dgn perangai org sekeliling..sabar jak la..huhu
..aku xtau la samada aku yg bmasalah atau org sekeliling aku yg ada masalah...hmmm..aku pn xleh nk jwb soalan tu...biarkn la soalan tu terjawab dgn sdirinya..aku mls nk fkr...tambah sakit kpala aku..

k la,skg pun aku rasa kpala aku dh bdenyut2...baik aku bawa tido..klu x,aku sdiri jugak yg rasa sakit...hmmm :(




Terima kaseh daun keladi..dah baca,comment lah ya!!

Tuesday, January 17, 2012

.::Entry di pagi hari::.

Assalammualaikum w.b.t


gudmorning kawankawan!! hope semuanya ceriaceria hendaknya :) entry ni d tulis ketika aku sedang menunggu adik aku tuk hantar aku ke tempat keja...daripada duduk ja x buat apa,better aku mengarang...nak cakap ada idea tu xda pulak..saja mau menulis...melontarkan katakata yang ada di kepala ni...hehehe

banyak benda yang aku mau ceritakan di sini tapi aku xtau cmna mau mulakan since perkara tu xda kaitan pun ngan aku..tapi ada kaitan ngan kawan aku...lagi pun aku rasa x patut aku share kt cni...btol x?? hihi

k la, idea pun xmau munculmuncul ni...adik aku pun lmbt..aiyooo...masuk keja kul8.30 tapi kul8 lbh baru gerak dr umah...dh la ofis jauh..jalan jammed lg...ish3..memang caloncalon pekerja cemerlang la...hihihi


till then kawankawan!!


p/s:: x sabar rasanya nak p Bandung nti..hehe!!




Terima kaseh daun keladi..dah baca,comment lah ya!!

Wednesday, November 2, 2011

.::Wordless Wednesday #3::My Work Life::.










 





p/s :: HAHAHA...fahami kehidupan seorang 'Auditor' k ;)





Terima kaseh daun keladi..dah baca,comment lah ya!!

Friday, October 28, 2011

.::Dugaan Oh Dugaan::.

Assalammualaikum w.b.t

Lama tidak memunculkan diri di blog yang comel ini [ok,sila muntah k]...sudah bersawang...terbiar tanpa nukilan si rama-rama...huhu...bukan tiada benda yang nak diceritakan tapi kesibukan kerja menghalang keinginan aku menulis disini..[haha...kes malas la tu]

Hidup ini, tak kiralah hidup aku ataupun org lain..tak akan lari dari dugaan...dugaan datang dalam pelbagai segi..dari segi kewangan, perhubungan dan byk cara lagi...bezanya bagaimana seseorang itu mengatasi dugaan tersebut...lain orang lain caranya..btl kan?? ;)


Hidup aku selalu saja ditimpa dugaan..kerjaya aku, perhubunganku, perjalanan hidupku...dugaan datang tanpa henti..namun aku ambil dugaan ini sebagai sesuatu yang perlu ku tempuh untuk berjaya..tidak kiralah dalam kerjayaku mahupun kehidupanku..

Tanpa dugaan, rintangan dan ujian..aku tidak akan menjadi seperti sekarang...ku akui terkadang diri ini tabah menghadapi sesuatu namun diri ini tak dapat lari dari menjadi lemah selemah-lemahnya..terkadang aku menangis..terkadang aku meraung..namun tiada siapa yang dengar..kerana apa??kerana aku menangis..aku meraung hanyalah di dalam hatiku...hanya orang yang benar2 mengenali diri ini yang akan dapat merasai apa yang aku rasa...apa yang aku alami...

Aku cuma berharap agar dengan dugan yang datang akan dapat menjadikan aku lebih matang dan menjadi lebih tabah dalam menempuh hari yang mendatang...ku berharap jua agar diri ini menjadi kuat luar dan dalam..agar aku dapat memberikan kekuatan kepada orang yg aku sayang...Amin~~

wow!!sedar x sedar..dah panjang pulak kan..haha..dah boleh karang buku ni..hihi..tapi ilmu belum cukup di dada..perlu belajar lagi...till then,mau sambung wat keja [konon lah] :D last but not least..yang buruk datangnya dari diriku sendiri, yang baik itu datangnya dari Allah s.w.t...


p/s:: minum milo anda jadi sihat dan kuat...hari ni sy bfast milo ;)



Terima kaseh daun keladi..dah baca,comment lah ya!!

Sunday, October 9, 2011

.::Kisah Aku & Dirinya::.

Assalammualaikum w.b.t


aku hanyalah insan biasa..yg punya perasaan..aku ingin disayang, dimanja, dberi perhatian oleh org yg aku syg..bagiku ianya bukanlah sesuatu yg susah untuk ditunaikan...namun apalah dayaku,ada saat2 tertentu dimana semua ini tidak mampu untuk ditunaikan...dan aku sebagai insan biasa dan begitu juga dia, harus memahami semua ini...ada waktu2 tertentu aku keseorangan..tanpa dirinya..dan mungkin juga perkara ini akan terjadi juga padanya...pd waktu2 beginilah dmana perlu ada kesefahaman...Namun, hari ini aku membuat kesilapan dengan menjadi terlalu sensitif dan pentingkan diri...fikiranku mula berfikir sesuatu yg negatif...haihhh apalah dayaku,aku ini hanya insan biasa...mungkin diriku ini sdh terlalu biasa bersama dgnnya sehinggakan berpisah dengannya walau sekejap cuma,sdh terasa lama bg diriku..diri mula merindui dirinya...terdetik di hati ini,adakah dia fhm dgn tingkah laku ku??adakah dia tahu bhwa aku ingin menarik perhatiannya??adakah dia merasakan hal yg sama??hurmmm...dia lebih mengetahui...


Aku menyayangi kamu apa adanya...ku juga mengharapkan perkara yg sama..dirimu menerimaku apa adanya...ampun dan maaf jika diri ini banyak kekurangan...ampun dan maaf juga jika diri ini menyakitimu secara langsung atau x langsung..sesungguhnya diri ini insan yang sering berbuat salah...yang ada cacat celanya...


p/s:: Semoga kita akan lebih menghargai antara satu sm lain~


Terima kaseh daun keladi..dah baca,comment lah ya!!

Sunday, October 2, 2011

.::Saat Hujan Membasahi Bumi::.

Assalammualaikum w.b.t.

Hujan lebat di luar...kilat sabung menyabung..guruh berdentam dentum...begitu jualah apa yg terjadi pada diriku....semua ini pernah ku lalui dulu..aku pernah merasakan ini...dan aku tahu..aku sedar..aku bukanlah seorang yang KUAT...namun apakan daya...aku ingin sangat percayakan dirinya...namun hati berkata... 
"Ingat kisah yang lalu...kau xkan mau kisah lalu berulang lagi...belajarlah dari kisah lalu agar hati x terluka lagi..." 

Aku bingung...kenapa aku perlu lalui semua ini...tdk bolehkah aku kecapi bahagia itu tanpa melalui...merasai..atau mengalami semua ini???apa yg perlu aku lakukan??aku takut pada perpisahan..aku takut pada ketidakjujuran..aku takut pada penipuan...aku takut pada kecurangan..tapi aku lebih takut pada ALLAH S.W.T..itu sdh pasti...Ya Allah, Kau permudahkanlah semuanya bg diriku...hambamu ini tidak boleh lagi menerima semua ini.....~

Aku bukan CEMBURU..aku bukan TIDAK PERCAYA..namun aku TAKUT.....betapa aku meletakkan harapan yang tinggi...angan2 yang indah...namun bayangkan jika semua tu hancur..hilang??mampukah aku menghadapinya lagi??seperti kisah laluku?? AKU X MAMPU!!!! Dirimu tahu aku xmampu hadapinya...BUT WHY??? kenapa kau perlu lakukan itu??tanpa bertanya padaku tlebih dahulu???Siapa aku dalam hidupmu??Tidak pernah kah kau terfikir perasaanku bila kau melakukan perkara itu??

YA,AKU KECEWA!! aku kecewa dengan sikapmu itu...betapa aku ini seperti tunggul yang x bnyawa..yang x punya perasaan...aku sedar...aku bukanlah DIA yang kau sayang sgt...aku cuma pengganti dirinya...mungkin juga kerana namaku sama dengan namanya...mungkin dia sangat bermakna buat dirimu....mungkin juga padamu perkara itu hanyalah perkara kecil..namun,bagi diriku..semua itu mempengaruhi hubungan ini.....ianya penting bg diriku yang selalu terluka.... :(

Walaupun aku xmampu..xkuat...dan x ingin semua ini namun aku redha...aku pasrah dengan semuanya....biarlah masa tentukan segalanya...Jodoh pertemuan d tangan Tuhan~ ....Aku pasrah~~~



p/s:: Aku penattttttttt dengan semua ini :( 




Terima kaseh daun keladi..dah baca,comment lah ya!!

Friday, September 30, 2011

.::Entry Pendek::.

Assalammualaikum w.b.t.

Hari ni mau update entry pendek jak...pandai2 korang lah tafsir sendiri apa maksud perkataan2 d bawah ni..aku malas mau hurai...ni bukan exam yg mau wat esei 350 patah perkataan...aku bg point penting ja...:) Semoga terhibur!!

P.E.N.A.T
B.O.S.A.N
M.A.R.A.H
S.A.K.I.T
S.E.D.I.H
P.E.N.I.N.G
L.A.P.A.R
T.E.K.A.N.A.N
R.I.S.A.U
M.A.T.I




-SEKIAN TERIMA KASIH-



p/s :: aku mau makan ais krim.....sepa mau belanja??mau makan coklat juga...:(



 

Terima kaseh daun keladi..dah baca,comment lah ya!!