Assalammualaikum w.b.t
Hai! Setelah lama mendiamkan diri. Hari ni aku kembali. Mengisi ruang-ruang kosong di blog usangku ini. Seminggu yang lepas hidupku dilanda rasa kesedihan yang teramat sangat. Saat-saat indah yang ku harapkan terjadi dalam hidupku bertukar menjadi saat-saat sedih buat diriku. Di saat aku menanti kehadirannya, menghitung detik untuk bersamanya. Penantian selama 3 tahun hancur berkecai. Hati mana yang tak sedih tatkala mendapat khabar mengejut yang bisa meluruhkan jantung ini.
Jam 7.30 ptg 20 Mac 2014 Khamis - Shah Alam
Aku bersiap sedia untuk ke airport. Kembali lagi ke tempat asalku. Bercuti bagi menghadiri saat-saat indah buat adikku yang akan bernikah pada hari jumaat (21 March 2014). Dan juga bertemu dengan seseorang yang istimewa dalam hidupku. Masa berlalu begitu pantas. Tepat jam 10.20 kapal terbangku terbang meninggalkan KLIA menuju ke Kota Kinabalu.
Jam 12.50 pagi 21 Mac 2014 Jumaat - KKIA
Selamat tiba di Sabah. Seperti biasa, belum sempat kapal berhenti aku dah on hp. Takda msj or misscall. So proceed ke tpt menunggu bag. Dalam hati tertanya-tanya 'sudah sampai kah dia?' 'Napa dia x msj lagi?' Hmmm. Belum dapat connect wireless kot. Menyedapkan hati sendiri. Lama pulak tunggu beg ni. Keluarkan hp call mama gtau dah sampai KK. Pastu tergerak hati buka fb pulak. Konon-konon nak update status lah dh sampai KK. Bila dh on FB, ada notification kt inbox. Dalam hati maybe dia kot yg msj. Click inbox, dari seseorang yg bkn dlm frenlist aku. Tapi namanya mcm familiar. So aku buka mesej tu. Jantung aku bagaikan terhenti membaca bait-bait mesej tu.
"Assalammualaikum..kan bertanya..si ramarama nih kaka izan kwn abg ngah dr sabah? Betul ka? kan gtau..abg ngah accident ptg td..kn contact kaka izan td tp tak dpt..kana gtau hp n wallet hilang arh tmpt abg ngah accident..tlg doakan abg ngah k kaka izan..maafkan slh slp yg pnh abg ngah buat arh akak."
Accident?? ya accident..tanganku terketar-ketar mereply msj dr Syira, adik dia. Perasaan dah bercampur baur. Ingin meraung tapi cukup di dalam hati. Tak sabar menunggu beg. Terasa lambat waktu berjalan. Fikiran dah tak focus. Entah apa jadi ngan dia. Patutlah dr siang td hati aku rasa tak sedap ja. Rupanya ini yg terjadi.
Bertalu-talu mesej ku hantar ke Syira. No reply, Maybe dia dah tido. Hati masih tak tenang. Ingin tahu apa keadaannya. Sampai di rumah, ku segerakan Isya yang masih belum ku buat. Ku bacakan Yassin buat dia. Sepanjang malam ku berjaga, mata tak ingin pejam. Bila hati runsing, mata yang mengantuk pun tak ingin melelapkan mata.
Jam 9.29 pagi 21 Mac 2014 Jumaat - Bandar Sierra
Notification berbunyi. Mesej dari Syira. Cepat-cepat aku membukanya. Syira gtau keadaan dia dah stabil tapi belum sedar lagi. Hatiku terasa lega mendengarnya namun tetap runsing selagi dia masih belum sedar. Syira gtau lagi terdapat hentakan di kepalanya, leher n bahu kirinya patah. Hanya doa yang mampu ku berikan padanya. Tak pernah putus berdoa demi kesembuhannya. Ku harapkan agar dia cepat sedar dari koma. Hanya Allah s.w.t tahu apa yang ku rasa waktu tu.
Hari demi hari berlalu, namun belum ada berita baik dari sana. Ku teruskan menunggu. Syukur alhamdulillah Majlis adikku berjalan dengan lancar walaupun ada sedikit masalah dengan tempahan.
Jam 1.35 pagi 26 Mac 2014 Rabu - Shah Alam
Terkejut dari tidur tatkala mendengar notification FB. Buka inbox, hati tetiba rasa happy sangat. Dapat good news dr Syira. Dia dah sedar. Sedar dari tidurnya. Syukur alhamdulillah. Tapi tetiba teringat dia ada hentakan di kepala. Takut juga kalau dia hilang ingatan. Dengan aku sekali dia lupakan. Huhuhu. Doktor belum cek lagi. Ku sedapkan hati mungkin takda apa-apa yang jadi.
Jam 4.26 ptg 28 Mac 2014 Jumaat - Shah Alam
Dapat mesej dari dia. Hati berbunga riang. Dia masih ingatkan aku.
"Assalammualaikum syg..."
Ringkas dan padat. Namun cukup membuatkan aku mengalirkan airmata. Bukan sedih namun gembira yang teramat sangat. Syukur padaMu ya Allah masih memanjangkan usianya. Dah lama tak berbual dgn dia. Perasaan rindu tu hanya Allah ja yang tahu betapa rindunya aku ngan dia. Rindu dengan bebelannya. Rindu dengan wish slmt pagi, slmt mlm. Rindu segala-galanya tentang dia. Terubat rasa rinduku walau sekejap cuma.
Ya Allah Ya Tuhanku, Kau panjangkanlah usianya. Kau berikanlah kesembuhan pada dirinya. Sesungguhnya dia seorang insan yang baik yang ku kenal. Walau tidak pernah ku jumpa, namun hati ini kuat menyatakan dia seorang yang baik budi pekertinya. Seorang anak yang baik dan seorang kawan yang baik. Aku sayang dia Ya Allah. Sayang sangat. :') Jangan pisahkan kami.
p/s: Get well soon Gapil! ;)







0 ekor rama-rama berterbangan di sini~:
Post a Comment