Daisypath Happy Birthday tickers
Showing posts with label baby sayang elme. Show all posts
Showing posts with label baby sayang elme. Show all posts

Monday, March 31, 2014

.::Kisah seorang teman::.

Assalammualaikum w.b.t


Hai! Setelah lama mendiamkan diri. Hari ni aku kembali. Mengisi ruang-ruang kosong di blog usangku ini. Seminggu yang lepas hidupku dilanda rasa kesedihan yang teramat sangat. Saat-saat indah yang ku harapkan terjadi dalam hidupku bertukar menjadi saat-saat sedih buat diriku. Di saat aku menanti kehadirannya, menghitung detik untuk bersamanya. Penantian selama 3 tahun hancur berkecai. Hati mana yang tak sedih tatkala mendapat khabar mengejut yang bisa meluruhkan jantung ini. 

Jam 7.30 ptg 20 Mac 2014 Khamis - Shah Alam
Aku bersiap sedia untuk ke airport. Kembali lagi ke tempat asalku. Bercuti bagi menghadiri saat-saat indah buat adikku yang akan bernikah pada hari jumaat (21 March 2014). Dan juga bertemu dengan seseorang yang istimewa dalam hidupku. Masa berlalu begitu pantas. Tepat jam 10.20 kapal terbangku terbang meninggalkan KLIA menuju ke Kota Kinabalu.

Jam 12.50 pagi 21 Mac 2014 Jumaat - KKIA 
Selamat tiba di Sabah. Seperti biasa, belum sempat kapal berhenti aku dah on hp. Takda msj or misscall. So proceed ke tpt menunggu bag. Dalam hati tertanya-tanya 'sudah sampai kah dia?' 'Napa dia x msj lagi?' Hmmm. Belum dapat connect wireless kot. Menyedapkan hati sendiri. Lama pulak tunggu beg ni. Keluarkan hp call mama gtau dah sampai KK. Pastu tergerak hati buka fb pulak. Konon-konon nak update status lah dh sampai KK. Bila dh on FB, ada notification kt inbox. Dalam hati maybe dia kot yg msj. Click inbox, dari seseorang yg bkn dlm frenlist aku. Tapi namanya mcm familiar. So aku buka mesej tu. Jantung aku bagaikan terhenti membaca bait-bait mesej tu. 

"Assalammualaikum..kan bertanya..si ramarama nih kaka izan kwn abg ngah dr sabah? Betul ka? kan gtau..abg ngah accident ptg td..kn contact kaka izan td tp tak dpt..kana gtau hp n wallet hilang arh tmpt abg ngah accident..tlg doakan abg ngah k kaka izan..maafkan slh slp yg pnh abg ngah buat arh akak."

Accident?? ya accident..tanganku terketar-ketar mereply msj dr Syira, adik dia. Perasaan dah bercampur baur. Ingin meraung tapi cukup di dalam hati. Tak sabar menunggu beg. Terasa lambat waktu berjalan. Fikiran dah tak focus. Entah apa jadi ngan dia. Patutlah dr siang td hati aku rasa tak sedap ja. Rupanya ini yg terjadi. 

Bertalu-talu mesej ku hantar ke Syira. No reply, Maybe dia dah tido. Hati masih tak tenang. Ingin tahu apa keadaannya. Sampai di rumah, ku segerakan Isya yang masih belum ku buat. Ku bacakan Yassin buat dia. Sepanjang malam ku berjaga, mata tak ingin pejam. Bila hati runsing, mata yang mengantuk pun tak ingin melelapkan mata. 

Jam 9.29 pagi 21 Mac 2014 Jumaat - Bandar Sierra
Notification berbunyi. Mesej dari Syira. Cepat-cepat aku membukanya. Syira gtau keadaan dia dah stabil tapi belum sedar lagi. Hatiku terasa lega mendengarnya namun tetap runsing selagi dia masih belum sedar. Syira gtau lagi terdapat hentakan di kepalanya, leher n bahu kirinya patah. Hanya doa yang mampu ku berikan padanya. Tak pernah putus berdoa demi kesembuhannya. Ku harapkan agar dia cepat sedar dari koma. Hanya Allah s.w.t tahu apa yang ku rasa waktu tu. 

Hari demi hari berlalu, namun belum ada berita baik dari sana. Ku teruskan menunggu. Syukur alhamdulillah Majlis adikku berjalan dengan lancar walaupun ada sedikit masalah dengan tempahan. 

Jam 1.35 pagi 26 Mac 2014 Rabu - Shah Alam
Terkejut dari tidur tatkala mendengar notification FB. Buka inbox, hati tetiba rasa happy sangat. Dapat good news dr Syira. Dia dah sedar. Sedar dari tidurnya. Syukur alhamdulillah. Tapi tetiba teringat dia ada hentakan di kepala. Takut juga kalau dia hilang ingatan. Dengan aku sekali dia lupakan. Huhuhu. Doktor belum cek lagi. Ku sedapkan hati mungkin takda apa-apa yang jadi. 

Jam 4.26 ptg 28 Mac 2014 Jumaat - Shah Alam
Dapat mesej dari dia. Hati berbunga riang. Dia masih ingatkan aku.

"Assalammualaikum syg..."

Ringkas dan padat. Namun cukup membuatkan aku mengalirkan airmata. Bukan sedih namun gembira yang teramat sangat. Syukur padaMu ya Allah masih memanjangkan usianya. Dah lama tak berbual dgn dia. Perasaan rindu tu hanya Allah ja yang tahu betapa rindunya aku ngan dia. Rindu dengan bebelannya. Rindu dengan wish slmt pagi, slmt mlm. Rindu segala-galanya tentang dia. Terubat rasa rinduku walau sekejap cuma.


Ya Allah Ya Tuhanku, Kau panjangkanlah usianya. Kau berikanlah kesembuhan pada dirinya. Sesungguhnya dia seorang insan yang baik yang ku kenal. Walau tidak pernah ku jumpa, namun hati ini kuat menyatakan dia seorang yang baik budi pekertinya. Seorang anak yang baik dan seorang kawan yang baik. Aku sayang dia Ya Allah. Sayang sangat. :') Jangan pisahkan kami.




p/s: Get well soon Gapil! ;)




Terima kaseh daun keladi..dah baca,comment lah ya!!

Thursday, October 11, 2012

.::Entry bergambar::.

















Terima kaseh daun keladi..dah baca,comment lah ya!!

.::16th Monthsary::.

Assalammualaikum w.b.t



Hai! Entry kedua untuk malam ni. Sepatutnya esok tapi belum tentu lagi esok ada mood nak menyusun ayat. Seperti biasa, tanggal 11 pada setiap bulan merupakan ulangbulan (kira monthsary la tu translate dr BI) untuk aku dan dia. Seperti biasalah, akan tidur lewat semata-mata untuk wish tepat kul 12 malam. Tapi kali ni aku tak teruja sangat nak menyambutnya. Entahlah. Aku rasa aku ja yang beria-ia. Tapi takpa lah. At least aku care pasal hubungan ni. Tak bermakna dia tak care pasal hubungan ni walaupun tak nampak dia beria-ia sangat. Mungkin aku yang terlebih aktif kot. Biasalah pompuan. 

Kali ni tiada gambar ataupun apa-apa. Just ucapan simple dari aku tuk dia. Semoga hubungan ni dapat bertahan sampai bila-bila. Semoga dipermudahkan segala jalan untuk kita. Semoga hati kita kuat untuk terus berjuang dalam hubungan ni. Dan paling penting, semoga hubungan ini mendapat keredhaan Allah s.w.t. Hubungan tanpa redha Tuhan tak akan berkekalan sampai bila-bila. 




p/s:: wish dari blog ja la...



Terima kaseh daun keladi..dah baca,comment lah ya!!

Monday, June 11, 2012

♥♥Our 1st Year♥♥

Assalammualaikum w.b.t




Happy Anniversary Sayangku Muhd Helmi Hakim!!! ♥♥


Yeahh!! It's our 1st Anniversary!! Tak sangka kan..dah setahun rupanya..rasa macam baru semalam ja berkenal-kenalan..hihihi..banyak dugaan, cabaran, ujian dan sebagainya telah kami tempuhi...suka, duka, gembira, sedih pernah kami rasai...merajuk, memujuk, marah, menangis jua pernah kami rasakan...Syukur alhamdulillah ke hadrat Allah kerana memanjangkan jodoh kami...semoga jodoh ini berkekalan hingga ke Jannah...♥♥




p/s:: Semoga hati kami saling bertaut sampai ke Jannah...Amin~



Terima kaseh daun keladi..dah baca,comment lah ya!!

Saturday, March 17, 2012

entry geragas..haha

As'salamualaikum..
entry ke 4 untuk bulan 3..

1st of all n memandangkan entry neh belum wat entry monthsary yang ke 9...hihi dah 9 bulan aku ngan dia..tak ku sangka cepat ja rasa 9 bulan..kan kan kan.

yang neh aku edit..mau sejam jua kan mengedit..huhu..apa macam? hihihi







Yang neh dia edit..so nice..cantik..cepat dia mengedit kan..hihi..thnkz bby abg..

entry just bagi tahu hal edit mengedit ja k. Tak ada idea sebenarnya..huhuhu. Lagi pun aku mau jalan sudah. Later aku update lg. See n Wait. Peace!!!




Terima kaseh daun keladi..dah baca,comment lah ya!!

Wednesday, March 14, 2012

.::Wordless Wednesday : Kisah Kau dan Aku::.


KHAS BUAT ABG TERSAYANG 








p/s :: I LOVE YOU ... I MISS YOU...SO MUCH!!!



Terima kaseh daun keladi..dah baca,comment lah ya!!

Monday, December 26, 2011

.::Entry for Mr. Hubby::.

Assalammualaikum w.b.t

hai hai hai!! haha entry baru lg...tp kali ni owner blog sdiri yg type entry..hihi..2 entry sblm ni Mr. Hubby yg buat...hahahaha..thnx la to Mr. Hubby sbb sudi mengupdate blog ni..hihihi...as promised, entry kali ni mau update tntg benda yang baru di beli..to be spesific..yang baru di beli tadi..hahaha...adoiii ketawa ja neh...hihi..ok ok lets get started!!



TARAAAAA!!!!





hahaha..ni lah benda yg baru di beli td...setelah beberapa hari menghitung,mencongak dan mengelamun..hihi..akhirnya ini juga dibeli...atas nasihat pakar dan org tersayang...hihi...sory ya,pic tu google ja sbb xdpt mau snap hp baru..hahaha :p boleh la tu..asal ada kan :p 

ok la mls mau merepek pjg2 lg..cukuplah smpai di sini..hp baru memanggil2 sdh mau bemanja..hahahahaaha (sian Mr. Hubby hihihi)


p/s:: bankrap aku bulan neh...huhuhu




Terima kaseh daun keladi..dah baca,comment lah ya!!

Saturday, December 24, 2011

.:: entry merepek ::.

As'salamualaikum..haiii
cepat sangat kan saya update blog neh
kenapa ea?? jawapan nya..jeng jeng jeng
hihihi...saja saja ja memenuhkan jumlah entry di blog baru neh
hope blog neh tak macam blog yang lepas
tak boleh buka..buka ja mende lain yang keluar
naseb tak keluar mende tutt kalau mende tutt..ish3..

onwer blog neh sebenarnya tengah tengok korean movie
citer apa ntah..tak ingat (hihi al maklum syg nda minat korea :D )
now saya text text tak berjawab..sah memang korean movie tengok dia tido..
hikhikhik

lepas neh saya akan serah kan blog neh kepada owner nya
untuk bertanggungjawab sepenuhnya kepada blog 'akusiramarama'
kepada owner blog sila update pasal mende baru beli nanti k
jangan malas-malas pulak..peace n luv u :D

p/s:baru dapat text dari buah hati..dah agak dia dh tido..so sweetdream..going to bed now :D




Terima kaseh daun keladi..dah baca,comment lah ya!!

.:: 1st entry for new blog ::.

As'salamualaikum..haiii..haa..1st entry di blog baru akusiramarama hihi blog lama masih ada cuma tak boleh di buka..dapat buka just somtime..naseb la wahai si blogger..hahaha..opss tergelak pulak. Ok ok ok..oraittt actually tak tau nak wat entry apa malam neh. Tangan menaip..mata kat TV tengok masterchef cehh kira terer la tu kan..hihii terer la sangat hahaha...sambil sambil tu layan buah hati pengarang jantung kat watsapp.

Haa cakap pasal buah hati pengarang jantung saya neh kan hihi..dia neh kan dia neh..dia neh la empunya blog 'akusiramarama' dan saya di arahkan membuat entry hari neh. Adoiii kena dera la pulak kan..tapi tak pa la..mayb neh my punishmnt sebab saya buat hal yang teruk semalam. I'm sori :D sayang minta maaf ya baby..terlalu ikut kan perasan sampai sesuatu yang tak diinginkan berlaku kan. Tapi alhamdulilah cepat cepat syg selamatkan, syukur! :D '' nvr leave u b'coz u r mine in this world '' :-*

Next paragraph..syg serta kan lagu dari citer drama tentang dhia..'dia untukku' for you baby.



sejak bertemu kau dan aku
menusuk jantungku
mula jiwaku
merelakan ku menjadi milikmu
itu yang ku mahu 
itu yang ku mahu 
cintamu

sinar mentari pasti
menyinar hati yang sunyi
biarlah ku bermimpi
terlena di buai sepi

dia...yang aku cinta
selama ini ku harapkan
cuba engkau fahami
tak akan dirimu dilukai

p/s: tak ada idea dah..lagipun buah hati pengarang jantung kan tido..so apa lagi...ehem2 :D




Terima kaseh daun keladi..dah baca,comment lah ya!!