Daisypath Happy Birthday tickers

Monday, November 5, 2012

.::Project #1 : Pudding Caramel::.

Assalammualaikum w.b.t

hai hai hai ehehehe lama tak update blog hihi last update pun almost 1 month ago..tu pun just update pic ja..nampak sangat malasnya tu kan hehe ok lah, hari ni just nak update hobi baru aku..konon lah hobi baru kan hehe tu pun buat tym free ja..sejak kebelakangan ni *maybe sebab ada angan-angan mau jadi isteri solehah kot* aku asyik nak masak itu dan ini ja..nak kata pandai, tak jugak..google ja resepi yang ada kat tenet ni..semuanya ada di hujung jari hehe cuma perlu ada kerajinan & kesungguhan yang kuat tuk laksanakan hobi baru ni hehe *sebelum ni aku memang out la kalau nak masak or baking2 ni* tapi aku cepat tersedar dari lamunan *cewahhhh* yang aku ni dah menuju ke arah menjadi semakin matang *ehem ehem umur meningkat* so aku decide untuk belajar masak & buat cake *masak yang senang-senang ja la* hehe ok, 1st projek aku ialah pudding caramel. Resepi ni aku dapat dari blog Nani Rostam *dalam dilema nak panggil akak ke aunty coz muka beliau nampak awet muda hehe* banyak jugak resepi yang beliau kongsikan kat sana. Nak try semua resepi yang ada tapi slow-slow lah kan. Tak leh la nak buat semua terus hehe 

Ok lah, kat sini aku bagi resepi untuk buat pudding caramel yang aku dah buat aritu. Senang ja pun buat ni. *mula-mula aku ingatkan susah cehhhh* bahan-bahan nak buat pun senang dapat & murah. Hasilnya pun perghhh sedapppp hehe 


Pudding Caramel

Bahan-bahan:
1. 2 sudu makan gula 
2. 7 biji telur 
3. 1 tin susu pekat (yang tin kecik k, coz 1st tym aku guna tin besar..manis sgt)
4. 1 tin air (yang ni guna sukatan tin susu tadi)
5. 1 sudu teh esen vanilla
6. loyang 
7. Periuk pengukus


Langkah-langkah:
1. Panaskan periuk pengukus (Biarkan sampai mendidih)
2. Ambik loyang, panaskan atas api 
3. Pastu masukkan 2 sudu gula ke dalam loyang
3. Kacau gula sehingga bertukar warna kuning keemas-emasan giteww (kejap ja, tak perlu lama..nanti hangus pulak gula tu)
4. Matikan api then angkat. Ketepikan. 
5. Pastu ambik telur, pecahkan dalam mangkuk (or apa-apa bekas pun boleh hehe) Pukul sampai kembang
6. Masukkan susu pekat & air ke dalam bekas telur tu
7. Masukkan 1 sudu teh esen vanilla
8. Kacau sehingga semuanya sebati
9. Pastu tuangkan bahan-bahan yang dikacau tadi ke dalam loyang yang ada gula tadi
10. Masukkan ke dalam pengukus dan kukus (20-30 minit)
11. Tunggu...tunggu...dan tunggu
12. Keluarkan dari pengukus, pastu sejukkan dlm peti ais (1st tym aku buat, pudding tu hancur huhu sedih i)
12. Bila dah sejuk tu, baru telangkupkan ke dalam pinggan besar
13. Makan lah..takkan nak tengok jer hehe 

*Pic before & after*


Selamat Menjamu Selera :)


Yup, 1st tym aku buat pudding ni aku GAGAL k!! Manis *sbb aku guna tin susu besar kot* dan pudding ku hancur huhu *nampak sangat tak pandai buat* Pastu aku tak berputus asa, esoknya aku buat lagi. Aku guna tin susu yang kecil pastu aku sejukkan dulu sebelum telangkupkan. 2nd tym aku buat BERJAYA!! yeayyy!! Tahniah tuk diri sendiri hehe sedapppp!!! Takda banyak pic pun. Hanya ada 1 ja. Yang aku dah share kat instagram. 



p/s :: Thanx to Kak/Aunt Nani Rostam coz berkongsi resepi ni. Menjadi n sedap sangat! hehe 




Terima kaseh daun keladi..dah baca,comment lah ya!!

Thursday, October 11, 2012

.::Entry bergambar::.

















Terima kaseh daun keladi..dah baca,comment lah ya!!

.::16th Monthsary::.

Assalammualaikum w.b.t



Hai! Entry kedua untuk malam ni. Sepatutnya esok tapi belum tentu lagi esok ada mood nak menyusun ayat. Seperti biasa, tanggal 11 pada setiap bulan merupakan ulangbulan (kira monthsary la tu translate dr BI) untuk aku dan dia. Seperti biasalah, akan tidur lewat semata-mata untuk wish tepat kul 12 malam. Tapi kali ni aku tak teruja sangat nak menyambutnya. Entahlah. Aku rasa aku ja yang beria-ia. Tapi takpa lah. At least aku care pasal hubungan ni. Tak bermakna dia tak care pasal hubungan ni walaupun tak nampak dia beria-ia sangat. Mungkin aku yang terlebih aktif kot. Biasalah pompuan. 

Kali ni tiada gambar ataupun apa-apa. Just ucapan simple dari aku tuk dia. Semoga hubungan ni dapat bertahan sampai bila-bila. Semoga dipermudahkan segala jalan untuk kita. Semoga hati kita kuat untuk terus berjuang dalam hubungan ni. Dan paling penting, semoga hubungan ini mendapat keredhaan Allah s.w.t. Hubungan tanpa redha Tuhan tak akan berkekalan sampai bila-bila. 




p/s:: wish dari blog ja la...



Terima kaseh daun keladi..dah baca,comment lah ya!!

Wednesday, October 10, 2012

.::Ledakan Perasaan::.

Hati suram seiring cuaca malam
gundah di hati meronta ingin pergi
bisikan yang perit lagi menyakiti
hati berdarah jiwa memberontak
benci akan rasa yang menyakitkan ini
sungguh rasa ini membebankan

hati sudah tak punya rasa
fikiran mula berlalu pergi
rasa yang ku rasa tawar
puas sudah ku menunggu
puas sudah ku berharap
namun harapan hancur berkecai

rasa tak tahan setinggi gunung
namun tiada tempat rasa ini bermukim
bosan dengan apa yang terjadi
sehingga membunuh hati ini
banyak isyarat telah diberi
namun tiada siapa memahami

orang berkata hati menahan
telinga mendengar hati menangis
hati terhiris kata-kata yang tajam
tiada penyembuh tiada ubatnya
tiada yang peduli tiada yang mengerti
hati mengeluh dalam kesedihan

air mata mengalir tanpa dipinta
kesedihan terhapus tapi berbekas
luahan hati tersemat rapi
biar terkubur di dasar hati
terkubur dengan kepura-puraan
jadikan senyum tawa pelengkap segala




p/s:: Ingin lari dari semua rasa ini...tak ada siapa yang memahami termasuk dia :(




Terima kaseh daun keladi..dah baca,comment lah ya!!

Sunday, October 7, 2012

.::Muara Hati::.

Assalmmualaikum w.b.t



Hai kawan-kawan!! Selamat berhujung minggu semuanya!! Maybe keseronokan yang lebih pada hujung minggu hanya dapat dirasakan oleh orang-orang yang berkerja (sayalah tu). Apa taknya 5 hari sibuk bekerja then bila sampai hujung minggu of course la akan rasa seronok sangat. Dapat tido lama sikit, tengok tv dari pagi sampai petang, cuci baju, kemas bilik dan macam-macam lagi. Kalau nak harapkan weekdays buat semua tu, takdenye lah (based on my experience lah kan haha). Balik keja petang mesti penat, so malam tu tido awal (lately ni memang selalu tido awal, dulu-dulu tido lambat haha). Esoknya kena bangun awal pagi pulak kan pegi keja. Tapi bila dah sampai hari ahad ni rasa macam nak putar balik jam tu. Almaklumlah pas ahad mesti isnin (alahai sedihnya sobsobsob). Isnin kan dah start keja balik. Rasa macam tak puas nak berehat kat rumah, bila dah masuk ofis tu rasa kepala ni berat sangat nak fikir sal keja (yelah dah nama pun keja kan). Lagi-lagi lah keja macam saya ni (huhu sabo je lah). 

Ok lah, hari ni just nak share satu lagi lagu yang boleh di kira best jugaklah. Lagu ni merupakan lagu tema bagi sebuah drama iaitu Adam & Hawa. Cerita ni di adaptasi dari sebuah novel karya Aisya Sofea. 



Sesapa yang nak tahu sinopsis cerita ni leh tengok kat sini. Boleh tengok online dan kalau nak download pun boleh jugak. Saya dah penah baca novel ni masa kat secondary school lagi tapi dah lupa-lupa sikit jalan ceritanya. Almaklumlah dah lama kan (hehe dah tua dah). 

Kat bawah ni lah lagu yang saya mention kat atas tu. Lagu yang diberi tajuk 'Muara Hati' dinyanyikan oleh Hafiz dan Dato' Siti Nurhaliza. So, enjoy the song k. Saya sertakan sekali liriknya kat bawah.



Lirik Lagu Muara Hati


Cinta terpisah ruang waktu
Tetap cinta bersatu dalam hatiku
Walau raga kita tak mungkin bersama
Ku yakini hati kan tetap setia

Ku percaya ke mana pun kau berjalan
Suara cinta menuntunmu kepadaku
Kerna bila cinta sudah bersemadi
Takkan terpisah hati

[Chorus]
Demi cinta dalam hatimu
Ku yakin engkau untukku
Meski jejak pisahkan kita
Cinta kan bawa kembali padamu

Aku ada kerna kau ada
Dan cinta hatiku hanyalah untukmu

Jalanku tertuju padamu
Ke mana pun kan pasti kembali

[Ulang chorus]

Demi cinta dalam hatimu
Biarkan aku merasuk
Bersatu dalam hatimu
Hanya dirimu dan aku

Demi cinta dalam hatimu
Biarkan aku merasuk (merasuk dalam hati)
Cinta


p/s:: i love this song very much!! 




Terima kaseh daun keladi..dah baca,comment lah ya!!