Daisypath Happy Birthday tickers

Monday, January 28, 2013

.::Project #3 : Kek Puding Karamel Pelangi::.

Assalammualaikum w.b.t.


Entry pertama di tahun 2013. Masih belum terlambat untuk aku ucapkan Selamat Tahun Baru 2013!! Azam baru 2013??! Maybe sama seperti tahun-tahun lalu kot. Hehehe. Banyak kenangan dan memori tak kira manis atau pahit ditinggalkan di tahun 2012. Semoga segala apa yang terjadi di tahun 2012 dapat memberi pengajaran atau pun penguat semangat untuk melalui hari-hari di tahun 2013 yang baru bermula ini. Semoga apa yang diimpikan tahun ini akan tercapai. In saa Allah. Wahh panjangnya mukaddimah. Hehehe. 

Ok, kali ni mau share 1 lagi resipi kek. Malasnya mau type panjang-panjang. Hehehe. Nampak sangat pemalas kan. Huhu. Aku bukan apa, 2,3 hari ni aku penat angkat banrang. Almaklumlah, berpindah ke office baru. Hehehe. Sampai sakit-sakit pinggang. Resipi ni aku ambik dari blog e-nalovelykitchen. Dia ajar step by step tau. So senang sikit lah nak ikut. Tak susah mana pun. Dan hasilnya pun sedap! Hehehe. Makasih buat tuan empunya blog sebab sudi kongsikan resipi kek ni. :)

Ok, now kita start dengan Step 1 : Pudding.

Bahan-bahan:
  • 2 sudu besar gula (boleh buat 1 1/2 sb untuk air gula ngam2 sahaja)
  • Loyang 8 inci / 20cm
  • 400ml fresh milk / susu cair
  • 3 biji kuning telur (Putih telur masukkan terus ke dalam mangkuk pengadun untuk meringue nanti)
  • 2 biji telur
  • 140 gram gula castor
  • 1 sudu kecil esen vanila

Cara-cara:
  1. Masukkan gula di tengah loyang kek, agak-agak di kawasan api dapur supaya senang gula cair. 
  2. Panaskan dengan api perlahan di atas dapur. 
  3. Biarkan sehingga gula cair dan bewarna perang dan tidak perlu di kacau. 
  4. Bila semua gula sudah hancur tutup api dan ratakan air gula memenuhi dasar loyang.
  5. Ketepikan dan sediakan pula adunan puding. Air gula akan mengeras, biarkan sahaja. Gula ini akan cair apabila di bakar bersama dengan adunan puding dan kek nanti.
  6. Asingkan 3 biji putih telur dan kuning telur. Masukkan 3 kuning telur di dalam mangkuk kecil dan 3 biji putih telur ke dalam mangkuk pengandun untuk bahan kek adunan 1 (meringue) nanti..
  7. Masukkan 2 biji telur ke dalam mangkuk telur kuning dan kacau perlahan-lahan supaya tidak berbuih.
  8. Kemudian satukan telur dan semua bahan-bahan di atas ke dalam mangkuk besar. Kacau perlahan-lahan supaya tidak berbuih.
  9. Bila semua sebati, tapiskan ke dalam loyang gula hangus tadi. 
  10. Semasa memasukkan bancuhan puding, gula hangus akan berbunyi seperti kaca pecah.
  11. Tidak perlu dibakar dahulu adunan ini. Ketepikan. 


Dah siap untuk adunan puding. Teruskan dengan adunan kek. Step 2 : Adunan 1 - Meringue.

Bahan-bahan:
  • 6 biji putih telur ( 3 biji putih telur dari bahan puding + dgn 3 biji putih telur baru)
  • 70 gram gula castor
  • 1 sudu kecil cream of tar tar

Cara-cara:

  1. Pukul putih telur sehingga berbuih.
  2. Masukkan gula castor dan cream of tar tar.
  3. Pukul lagi dengan speed tinggi sehingga kental dan kaku. 
  4. Apabila mangkuk pengadun diterbalikkan adunan tidak tumpah. 
  5. Ketepikan. Guna mixer yang sama tidak perlu basuh terus buat adunan 2 untuk kek.



Teruskan dengan adunan kek. Step 3 : Adunan 2 - Kek.

Bahan-bahan:

  • 3 biji kuning telur ( kuning telur dari bahan meringue tadi)
  • 130 ml air
  • 50 ml minyak masak
  • 70 gram gula castor
  • 140 gram tepung gandum
  • 1 sudu teh baking powder

Cara-cara:

  1. Ayak tepung bersama baking powder. Ketepikan.
  2. Pukul kuning telur, air dan minyak masak sehingga putih dan gebu.
  3. Masukkan gula castor dan pukul lagi sehingga kembang
  4. Matikan mixer.
  5. Kemudian masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit. Kacau dengan senduk kayu secara kaup balik sehingga semua bergaul sebati.
  6. Masukkan separuh adunan 1 (meringue) ke dalam adunan 2. Kaup balik perlahan-lahan. Kemudian masukkan semua adunan 1 dan kacau rata secara kaup balik.
  7. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian sama banyak. 
  8. Warnakan dengan warna pilihan anda.
  9. Sudukan ke dalam loyang puding tadi. Adunan kek akan terapung di atas adunan puding. Adunan akan bergerak kiri kanan. Bila sudah separuh adunan dimasukkan baru stabil.
  10. Sudukan 4 sudu besar adunan purple, diikuti 4 sudu besar adunan hijau di tengah adunan purple, 4 sudu besar adunan merah diletak tengah adunan hijau dan buat 4 sudu lagi utk semua warna. (2 kali untuk 4 sudu setiap warna)
  11. Kemudian 3 sudu besar adunan purple, 3 sudu besar adunan hijau diikuti 3 sudu besar adunan merah sebanyak 3 kali lagi.
  12. Diikuti dengan 2 sudu besar setiap warna sebanyak 2 kali dan akhir sekali 1 sudu besar setiap warna sehingga adunan habis. 
  13. Panaskan oven 160 degree. (panaskan sekali dgn tray oven yang ada air utk bain marie nanti)
  14. Bakar secara double boiler atau bain marie selama 50 minit atau sehingga kek dan puding masak di rak paling bawah dalam oven.
  15. Setelah masak biarkan kek di dalam oven selama 10 minit atau sehingga keliling kek lekang dari loyang.
  16. Terbalikkan ke atas pinggan dan kek akan turun sendiri.
  17. Segera lap lebihan air gula yang meleleh dan di atas puding secara perlahan dan berhati-hati supaya kek tidak basah. 
  18. Potong kek semasa kek benar-benar sejuk dan hidangkan. Sedap di makan selepas disejukkan di dalam peti sejuk. 

Faham tak macam mana nak buat layer pelangi tu? kalau tak faham sangat, boleh lah ikut step yang ini untuk lebih memudahkan.

4 sudu besar purple diletakkan di atas adunan puding
 4 sudu besar hijau diletakkan di tengah adunan purple
 4 sudu besar merah di letakkan di tengan adunan hijau
ulang sebanyak 2 kali lagi

 3 sudu besar purple diletakkan atas adunan merah
 3 sudu besar hijau diletakkan atas adunan purple
 3 sudu besar merah di letak atas adunan hijau
ulang sebanyak 3 kali lagi

 2 sudu besar purple diletakkan atas adunan merah
 2 sudu besar hijau diletakkan atas adunan purple
 2 sudu besar merah di letak atas adunan hijau
ulang sebanyak 2 kali lagi

1 sudu besar purple diletakkan atas adunan merah
1 sudu besar hijau diletakkan atas adunan purple
1 sudu besar merah di letak atas adunan hijau
buat sehingga habis semua adunan.




Kaedah Double Boiler / Bain Marie 
  1. Masukkan air ke dalam tray oven kemudian letakkan loyang berisi kek di atas tray berisi air tadi kemudian bakar di dalam oven. Atau...
  2. Masukkan air ke dalam loyang yang lebih besar dari loyang kek. Kemudian letakkan loyang kek ke dalam loyang berisi air dan bakar di dalam oven.


Okeyyy, dah siap kek puding karamel pelangi kita. Hehehe. Yang ni 2nd try aku buat. 1st try hari tu aku ikut resipi lain, memang tak jadi. Tak tahulah di mana silapnya. Huhu.


Selamat mencuba kawan-kawan!! 



p/s:: Happy tak terkata sebab berjaya jugak buat kek ni. Hehehe. Makasih pada yang memberi dorongan. Hahaha.





Terima kaseh daun keladi..dah baca,comment lah ya!!

0 ekor rama-rama berterbangan di sini~: