Daisypath Happy Birthday tickers

Saturday, March 30, 2013

.::Nukilan SiRamaRama : Harapan::.

Assalammualaikum w.b.t



Harapan hadir seiringan waktu yang berjalan...
Tanpa di pinta tanpa di beri...
Namun ia tetap hadir...
Tanpa mengetahui fakta sebenar... 
Harapan di simpan rapi dalam hati... 
Namun siapa tahu apa suratan takdir... 
Hanya mampu menurut segala perjalanan takdir... 
Walau mungkin ada hati yang terluka... 
Walau mungkin ada hati yang menangis... 
Jika saat itu sudah tiba, terimalah... 
Terimalah seadanya suratan takdir... 
Baik mahupun buruk, terimalah... 
Ada hikmah di setiap apa yang terjadi... 
Yang akan menjadikan hidup ini lebih bermakna... 
Yang memberi pengajaran pada diri... 
Yang mematangkan seseorang... 
Terimalah...Semuanya sudah tertulis...





Terima kaseh daun keladi..dah baca,comment lah ya!!

Thursday, March 28, 2013

.::Entry Malas::.

Assalammualaikum w.b.t



Wah dah lama x update blog ni. Rasa malas tu membuak-buak. Dengan kerja yang bertimbun, hal-hal dunia, kesibukan tu x dpt di huraikan. Sekarang ni pun rasa malas ja mau mengarang panjang-panjang. Cukuplah sampai di sini ja. Hahahaha :p babaiiiiii!!!




Terima kaseh daun keladi..dah baca,comment lah ya!!

Monday, January 28, 2013

.::Project #3 : Kek Puding Karamel Pelangi::.

Assalammualaikum w.b.t.


Entry pertama di tahun 2013. Masih belum terlambat untuk aku ucapkan Selamat Tahun Baru 2013!! Azam baru 2013??! Maybe sama seperti tahun-tahun lalu kot. Hehehe. Banyak kenangan dan memori tak kira manis atau pahit ditinggalkan di tahun 2012. Semoga segala apa yang terjadi di tahun 2012 dapat memberi pengajaran atau pun penguat semangat untuk melalui hari-hari di tahun 2013 yang baru bermula ini. Semoga apa yang diimpikan tahun ini akan tercapai. In saa Allah. Wahh panjangnya mukaddimah. Hehehe. 

Ok, kali ni mau share 1 lagi resipi kek. Malasnya mau type panjang-panjang. Hehehe. Nampak sangat pemalas kan. Huhu. Aku bukan apa, 2,3 hari ni aku penat angkat banrang. Almaklumlah, berpindah ke office baru. Hehehe. Sampai sakit-sakit pinggang. Resipi ni aku ambik dari blog e-nalovelykitchen. Dia ajar step by step tau. So senang sikit lah nak ikut. Tak susah mana pun. Dan hasilnya pun sedap! Hehehe. Makasih buat tuan empunya blog sebab sudi kongsikan resipi kek ni. :)

Ok, now kita start dengan Step 1 : Pudding.

Bahan-bahan:
  • 2 sudu besar gula (boleh buat 1 1/2 sb untuk air gula ngam2 sahaja)
  • Loyang 8 inci / 20cm
  • 400ml fresh milk / susu cair
  • 3 biji kuning telur (Putih telur masukkan terus ke dalam mangkuk pengadun untuk meringue nanti)
  • 2 biji telur
  • 140 gram gula castor
  • 1 sudu kecil esen vanila

Cara-cara:
  1. Masukkan gula di tengah loyang kek, agak-agak di kawasan api dapur supaya senang gula cair. 
  2. Panaskan dengan api perlahan di atas dapur. 
  3. Biarkan sehingga gula cair dan bewarna perang dan tidak perlu di kacau. 
  4. Bila semua gula sudah hancur tutup api dan ratakan air gula memenuhi dasar loyang.
  5. Ketepikan dan sediakan pula adunan puding. Air gula akan mengeras, biarkan sahaja. Gula ini akan cair apabila di bakar bersama dengan adunan puding dan kek nanti.
  6. Asingkan 3 biji putih telur dan kuning telur. Masukkan 3 kuning telur di dalam mangkuk kecil dan 3 biji putih telur ke dalam mangkuk pengandun untuk bahan kek adunan 1 (meringue) nanti..
  7. Masukkan 2 biji telur ke dalam mangkuk telur kuning dan kacau perlahan-lahan supaya tidak berbuih.
  8. Kemudian satukan telur dan semua bahan-bahan di atas ke dalam mangkuk besar. Kacau perlahan-lahan supaya tidak berbuih.
  9. Bila semua sebati, tapiskan ke dalam loyang gula hangus tadi. 
  10. Semasa memasukkan bancuhan puding, gula hangus akan berbunyi seperti kaca pecah.
  11. Tidak perlu dibakar dahulu adunan ini. Ketepikan. 


Dah siap untuk adunan puding. Teruskan dengan adunan kek. Step 2 : Adunan 1 - Meringue.

Bahan-bahan:
  • 6 biji putih telur ( 3 biji putih telur dari bahan puding + dgn 3 biji putih telur baru)
  • 70 gram gula castor
  • 1 sudu kecil cream of tar tar

Cara-cara:

  1. Pukul putih telur sehingga berbuih.
  2. Masukkan gula castor dan cream of tar tar.
  3. Pukul lagi dengan speed tinggi sehingga kental dan kaku. 
  4. Apabila mangkuk pengadun diterbalikkan adunan tidak tumpah. 
  5. Ketepikan. Guna mixer yang sama tidak perlu basuh terus buat adunan 2 untuk kek.



Teruskan dengan adunan kek. Step 3 : Adunan 2 - Kek.

Bahan-bahan:

  • 3 biji kuning telur ( kuning telur dari bahan meringue tadi)
  • 130 ml air
  • 50 ml minyak masak
  • 70 gram gula castor
  • 140 gram tepung gandum
  • 1 sudu teh baking powder

Cara-cara:

  1. Ayak tepung bersama baking powder. Ketepikan.
  2. Pukul kuning telur, air dan minyak masak sehingga putih dan gebu.
  3. Masukkan gula castor dan pukul lagi sehingga kembang
  4. Matikan mixer.
  5. Kemudian masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit. Kacau dengan senduk kayu secara kaup balik sehingga semua bergaul sebati.
  6. Masukkan separuh adunan 1 (meringue) ke dalam adunan 2. Kaup balik perlahan-lahan. Kemudian masukkan semua adunan 1 dan kacau rata secara kaup balik.
  7. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian sama banyak. 
  8. Warnakan dengan warna pilihan anda.
  9. Sudukan ke dalam loyang puding tadi. Adunan kek akan terapung di atas adunan puding. Adunan akan bergerak kiri kanan. Bila sudah separuh adunan dimasukkan baru stabil.
  10. Sudukan 4 sudu besar adunan purple, diikuti 4 sudu besar adunan hijau di tengah adunan purple, 4 sudu besar adunan merah diletak tengah adunan hijau dan buat 4 sudu lagi utk semua warna. (2 kali untuk 4 sudu setiap warna)
  11. Kemudian 3 sudu besar adunan purple, 3 sudu besar adunan hijau diikuti 3 sudu besar adunan merah sebanyak 3 kali lagi.
  12. Diikuti dengan 2 sudu besar setiap warna sebanyak 2 kali dan akhir sekali 1 sudu besar setiap warna sehingga adunan habis. 
  13. Panaskan oven 160 degree. (panaskan sekali dgn tray oven yang ada air utk bain marie nanti)
  14. Bakar secara double boiler atau bain marie selama 50 minit atau sehingga kek dan puding masak di rak paling bawah dalam oven.
  15. Setelah masak biarkan kek di dalam oven selama 10 minit atau sehingga keliling kek lekang dari loyang.
  16. Terbalikkan ke atas pinggan dan kek akan turun sendiri.
  17. Segera lap lebihan air gula yang meleleh dan di atas puding secara perlahan dan berhati-hati supaya kek tidak basah. 
  18. Potong kek semasa kek benar-benar sejuk dan hidangkan. Sedap di makan selepas disejukkan di dalam peti sejuk. 

Faham tak macam mana nak buat layer pelangi tu? kalau tak faham sangat, boleh lah ikut step yang ini untuk lebih memudahkan.

4 sudu besar purple diletakkan di atas adunan puding
 4 sudu besar hijau diletakkan di tengah adunan purple
 4 sudu besar merah di letakkan di tengan adunan hijau
ulang sebanyak 2 kali lagi

 3 sudu besar purple diletakkan atas adunan merah
 3 sudu besar hijau diletakkan atas adunan purple
 3 sudu besar merah di letak atas adunan hijau
ulang sebanyak 3 kali lagi

 2 sudu besar purple diletakkan atas adunan merah
 2 sudu besar hijau diletakkan atas adunan purple
 2 sudu besar merah di letak atas adunan hijau
ulang sebanyak 2 kali lagi

1 sudu besar purple diletakkan atas adunan merah
1 sudu besar hijau diletakkan atas adunan purple
1 sudu besar merah di letak atas adunan hijau
buat sehingga habis semua adunan.




Kaedah Double Boiler / Bain Marie 
  1. Masukkan air ke dalam tray oven kemudian letakkan loyang berisi kek di atas tray berisi air tadi kemudian bakar di dalam oven. Atau...
  2. Masukkan air ke dalam loyang yang lebih besar dari loyang kek. Kemudian letakkan loyang kek ke dalam loyang berisi air dan bakar di dalam oven.


Okeyyy, dah siap kek puding karamel pelangi kita. Hehehe. Yang ni 2nd try aku buat. 1st try hari tu aku ikut resipi lain, memang tak jadi. Tak tahulah di mana silapnya. Huhu.


Selamat mencuba kawan-kawan!! 



p/s:: Happy tak terkata sebab berjaya jugak buat kek ni. Hehehe. Makasih pada yang memberi dorongan. Hahaha.





Terima kaseh daun keladi..dah baca,comment lah ya!!

Sunday, December 9, 2012

:: Be Strong Gurl!! ::

Assalammualaikum w.b.t.







SAYA SEORANG YANG TABAH!! :)







Terima kaseh daun keladi..dah baca,comment lah ya!!

Monday, November 5, 2012

.::Project #2 : Chocolate Moist Cake::.

Assalammualaikum w.b.t


Ok, hari ni nak update pasal resipi jugak..baru try buat semalam..1st tym buat resipi ni berjaya hehe adunan naik cantik pastu rasa pun sedap!! hehe Thanx kepada owner blog Cahaya Cintaku sebab kongsi resipi Chocolate Cake Moist ni. Tak susah pun buat cake ni even tuk beginner macam aku ni pun dah berjaya buat. hehe! Dari dulu memang teringin nak buat sendiri cake ni, at last tercapai juga hajat nak buat sendiri. So, tanpa membebel dengan lebih panjang lagi kita teruskan dengan bahan-bahan beserta cara-cara tuk buat cake ni k.

Chocolate Cake Moist

Bahan-bahan:
1. 4 biji telur
2. 1 tin susu cair
3. 1 sudu teh coklat emulco
4. 1 sudu teh esen vanilla
5. 1 1/2 butter (375g)
6. 2 cawan gula kastor
7. 1 cawan serbuk koko - diayak
8. 2 cawan tepung gandum - diayak
9. 1 sudu teh baking powder - di ayak
10. 1 sudu teh soda bikarbonat - diayak


Langkah-langkah:
Panaskan pengukus, pastikan air dalam pengukus tu banyak tau sebab nak kukus kek ni lama. Takut kalau letak air sikit, kering pula air tu sebelum kek masak. Ok kita mulakan dengan membuat adunan kek k.

a) Cara membuat adunan cake
1. Cairkan butter ke dalam periuk dengan api sederhana
2. Bila butter dah cair, masukkan susu cair dan kacau sehingga sebati
3. Masukkan gula kastor dan kacau
4. Masukkan esen vanilla
5. Masukkan coklat emulco

Kacau adunan di atas sampai sebati pastu matikan api, tuang ke dalam bekas lain. Aku lebih prefer pindahkan ke tempat lain la. Tapi kalau nak guna bekas yang sama pun boleh. Apa-apa pun ikut keselesaan masing-masing lah k. Ok, now sambung balik.

6. Pecahkan telur dalam bekas yang lain dan pukul sampai kembang (asalkan kembang ja)
7. Pastu tuangkan telur perlahan-lahan ke dalam adunan cake tadi
8. Masukkan semua bahan yang telah di ayak td (bahan 7 - 10) sedikit demi sedikit
9. Gaulkan adunan tadi sehingga sebati
10. Bila dah sebati adunan tadi, tuangkan ke dalam loyang
11. Balutkan loyang korang ngan aluminium foil (supaya kek tak terkena titisan air dari pengukus)
12. Masukkan ke dalam pengukus (lebih kurang 1 jam)

Loyang tu tak kira lah bentuk macam mana pun yang korang nak guna TAPI jangan tuang sampai penuh tau. Tuangkan separuh daripada saiz loyang korang tu sebab adunan ni nanti akan naik tinggi. Aku buat dalam dua bekas sebab bekas aku kecik ja. Lagi satu, before korang tuangkan adunan tu pastikan korang dah sapukan butter kat loyang tu k. Supaya nanti adunan tu tak melekat kat loyang. Bila dah letak butter, nanti cake pun akan keluar cantik juga dari loyang tu. Hehe.

Ok, sementara menunggu kek tu masak, kita buat coklat ganache pula. Since aku ni tak pandai sangat nak hias-hias kek. So aku just follow ja la tuan punya resipi buat coklat ganache. Hehe thanx again ya blog owner! Senang ja nak buat coklat ganache ni. Nama ja macam hebat padahal hanya memerlukan 3 bahan ja. Hehe senang kan?! *ececehhh*

Coklat ganache (untuk hiasan)

Bahan-bahan:
1. 300gram coklat masakan (tak kira la korang guna jenama apa pun, yang penting coklat masakan k)
2. 150ml whipping cream
3. 1 sudu besar butter

Langkah-langkah:
1. Cairkan coklat dalam periuk, guna teknik double boiler k. Kacau sampai cair.


Sapa yang tak tau double boiler tu camna, macam gambar kat atas ni lah. Ni bukan gambar aku k, aku just google ja pic ni. hehe.

2. Pastu masukkan butter. Kacau lagi sampai cair juga.
3. Masukkan whipping cream
4. Dah siap coklat ganache kita yeayyy!!

Dah tunggu sampai sejam camtu, jenguk-jenguk la kek dalam pengukus ya. Mesti dah masak ni. Kalau nak tahu kek tu dah masak atau belum, guna pencungkil gigi pastu cucuk dalam kek. Kalau masih ada adunan kek kat pencungkil gigi tu, maknanya belum masaklah kek tu. Tapi kalau licin ja, maknanya dah masak lah tu.

Ok, bila dah keluarkan kek dari loyang ke dalam piring, board ataupun apa-apa bekas lah. Korang hiaslah kek tu dengan coklat ganache yang dah di buat td. Boleh juga kalau korang nak belah kek tu jadi dua, pastu letak lapisan coklat ganache kat tengah-tengah kek tu. Cantum balik kek tu pastu tuangkan yang selebihnya ke atas kek tu. Kalau korang nak tabur chocolate rice ka badam ka kat atas kek tu pun boleh! takda masalah tu. Lagi lah nampak berseri-seri kek korang kan. Pastu dah siap kek korang! Senangkan?! hehe Selamat Mencuba kawan-kawan!! :D


ni pic kek aku yang dah siap. Nampak comot sedikit. Almaklumlah nama pun budak baru belajar kan. Hehe.   Yang penting sedap!! Yummehh!!



p/s:: Tak sabar nak start next project. Apalah agaknya ya. Hehe.





Terima kaseh daun keladi..dah baca,comment lah ya!!